Pages

August 15, 2009

MAK - Satu Renungan

Seperti biasa, e-mail yang mempunyai nukilan menarik yang masuk dalam mail box aku, akan aku paparkan di sini untuk renungan kita bersama. Dan aku meminta izin kepada pencipta karya ini (tak tau siapa) untuk aku paparkan di sini.

Buat Renungan, bagi orang yg mahu merenung....
Buat Pengajaran, bagi yg mahu belajar....
Buat Peringatan, bagi yg mahu beringat....



Masa Aku Kanak-Kanak…
Orang kata aku lahir dari perut MAK...(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku ... MAK
Bila lapar, yang suapkan aku ... MAK
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... MAK
Kata MAK, perkataan pertama yang aku sebut... Maa !
Bila bangun tidur, aku cari... MAK
Bila menangis, orang pertama yang datang ... MAK
Bila nak bermanja, yang aku dekati... MAK
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... MAK
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... MAK
Bila nakal, yang memarahi aku... MAK
Bila merajuk, yang memujuk ku cuma... MAK
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... MAK
Bila takut, yang tenangkan aku ... MAK
Bila nak peluk, yang aku suka peluk... MAK

Bila Aku Dah Remaja...
Aku selalu teringatkan ... MAK
Bila sedih, aku mesti talipon ... MAK
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... MAK
Bila bengang, aku suka luah pada... MAK
Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah... MAK
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... MAK
Bila buat hal, yang marah aku dulu... MAK
Bila ada masalah, yang paling risau... MAK
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... MAK
Yang selalu masak makanan kegemaranku... MAK
Kalau balik kampung, yg selalu bekalkan ulam & lauk pauk... MAK
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... MAK
Yang selalu berleter kat aku... MAK
Yang selalu puji aku... MAK
Yang selalu nasihat aku... MAK
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk... MAK

Bila Aku Dah Kawin...
Aku dah ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari... Pasangan Ku
Bila sedih, aku cari... MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada... Pasangan Ku
Bila gagal, aku ceritakan pada... MAK
Bila bahagia, aku peluk erat... Pasangan Ku
Bila berduka, aku peluk erat... MAK
Bila nak bercuti, aku bawa... Pasangan Ku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... MAK
Bila sambut valentine, aku hadiah bunga pada... Pasangan Ku
Bila sambut hari ibu, aku hanya ucapkan ”Selamat Hari Ibu” pada...MAK
Selalunya, aku ingat... Pasangan Ku 
Selalunya...MAK ingat kat aku 
Bila-bila pun, aku akan talipon... Pasangan Ku 
Entah bila, aku nak talipon... MAK 
Selalunya, aku belikan hadiah untuk... Pasangan Ku 
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk... MAK

Masih terngiang-ngiang kata-kata MAK kat aku:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk...MAK?
MAK... bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata aku . Hari ini kalau MAK mahu lima ratus sebulan pun aku mampu.

Aku boleh kirimkan. Tapi….. kini MAK sudah tiada.
Sekarang aku sudah tidak ber kesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima sen pun tidak sempat aku kirimkan!

MAK….. PERMATA BERHARGA...PERGI TAK KEMBALI, HILANG TAK BERGANTI!


Jadi sempena bulan ramadan yang akan menjelang dan seterusnya syawal yang bakal tiba, mari lah kita kenang dan hargai akan ibu bapa kita ( jika masih berkesempatan)...... detik itu walau se-saat pun tidak akan berulang lagi......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...