Rasanya
dah terlalu lama aku tak jengok blog aku sendiri, (lebih kurang dah 4 tahun berlalu) apatah lagi nak update. Penuh
bersawang sampai aku nak LOGIN dan nak posting pun dah lupa macam mana....hehe. Nasib
baik buku yang aku tulis “PASSWORD” tu masih ada lagi.
Setelah
aku gagal dengan projek pisang kat tepi kaki bukit dengan tajuk “Tapak Recycle– Serangan Bermula ” tu, aku terus lupakan pasal tanam-menanam ni. Mau taknya,
selepas berhempas pulas berperang dengan babi dan walaupun aku menang, tapi
seronoknya tak lama.
Akhirnya
sempat la jugak pisang aku berjantung dan berputik. Malangnya, lepas tu datang la
pula satu spesis yang kalau ikut teori mengarut Charles Darwin, dia kata depa
ni nenek moyang kita. Rupanya spesis ni
lagi ganas dah macam yakjud-makjud pulak. Habis segala pelepah, jantung, mayang yang
baru berputik semua di ganyangya berterabur atas tanah. Ntah dari keluarga
monyet @ kera @ beruk @ siamang @ lotong pun aku tak tahu. (Tiada bukti
bergambar – sebab time ni la kamera aku rosak, telepon bijak tak ada lagi masa
tu). Hancur luluh semangat aku time
ni.....
Sebelum
aku membawa diri, sempat la juga aku pesan kat orang kampong tu, kalau hampa
nak makan pisang ni, hampa jagalah sendiri. Setandan pisang pun aku tak boleh
jual......
Lepas ni, title blog ni "Penternakan, Pertanian & Akuakultur" juga akan bertukar....kerana blog ni dah tak mengkhususkan pertanian saja. Apa yang terlintas, sebat ja ..hehe