Pages

Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

February 1, 2017

IKAN HIASAN - Snakehead

Kali terakhir aku pernah bela ikan lebih kurang 10 tahun dulu, iaitu ikan KETUTU @ Ikan Belontok @ Ikan Hantu @ Marble Goby @ Soon Hock @ nama saintifiknya Oxyeleotris Marmorata dengan tujuan komersial, namun hasilnya amat mengecewakan aku....

Kini lebih kurang 1.5 tahun lepas, member ada bagi sepasang (2 ekor) anak ikan toman. Boleh bela dalam akuarium dan cepat pulak membesar kalau kena gaya makan, katanya.  Apa salahnya mencuba, dengar kata ikan ni ganas, maklum la predator hebat air tawar.

Macam ni la rupa ikan toman tu masa mula aku pelihara ( saiz ~ 4 @ 5 inci). Tak ada corak apa pun, cuma 2 garisan hitam ja - tapi gambar ni aku ambik dalam internet

Sebenarnya aku tak tahu sangat pasal spesis ikan ni (ikan jenis lain pun sama juga aku tak tahu), tapi lepas tanya En Google, rupanya ada berpuluh jenis spesis dari keluarga ikan ni dan yang aku bela ni cuma salah satu darinya. Sedikit profile tentang spesis ni yang En. Google bagi tau:

Nama : Toman Harimau @ Batik (nana ni aku yang bagi...)
Nama Saintifik : Channa Micropeltes
Keluarga : Channidae
Spesis : Red Snakehead @ Giant Snakehead
Kumpulan : Channa
Asal : Asia tenggara
Tingkahlaku : Agresif
Diet: Karnivor
Keadaan Air : Suhu = 72°C - 82°C, PH = 6.0 - 8.
Max. Size: ~ 42”
Minimum Saiz Tangki/ Akuarium : 500 gelen (kalau nak bela dalam tangki/ akuarium)

 *** Khabarnya spesis ini adalah yang paling besar dalam keluarganya



Selepas 6 bulan dalam akuarium, dah mula nampak corak/ belang yang keluar




Kena penyakit apa ntah, berjurai keluar dari ususnya, kekadang benda tu masuk semula dan kekadang terputus mcm tu ja. Panjang ada yang sampai sekaki lebih.... menggerunkan

Aku ada jugak tanya otai ikan, depa kata tu mungkin "tape worm", kena hati-hati. Kecut perut la jugak mana tau masuk dalam badan aku ka...hihi. Kesan pada ikan tu ialah, dia makan macam gajah jugak, tapi tak membesar, makin pucat ja warna dia. Jumpa Vet pun dia kata macam tu jugak...ngeri betoi.  Dr. kata rawat dengan Praziquantel. Dia bagi ubat tablet....... pening aku nak bagi ikan makan macam mana. "Pandai- pandai la hang", dia kata.

Akhirnya jumpa jugak ubat cecair yang masuk dalam akuarium dengan dos dan aturan tertentu. Nama ubat tu "General Cure" - keluaran API. Sampai sekarang dah OK.

Dah segar balik, tengok orang pun macam nak telan ja

Rupanya kalau nak ikan kita sihat, dia kena la hidup dalam persekitaran yang sihat, macam kita la jugak kalau asyik dok sedut udara kotor ja, boleh sesak nafas. Ikan pun camtu la jugak, oleh kerana persekitaran dia ialah air, maka kualiti air perlu lah dijaga. Tambahan pula kalau dalam akuarium, kencing/ berak semua dalam tu. Oleh itu, sesapa yang hobi dia bela ikan, kena la paham sikit pasal "Akuarium Nitrogen Circle" ni. Berkenal-kenalanlah dengan "Nitrobactar" dan "Nitrosomonous".  Mungkin boleh rujuk mana-mana artikel dari En Google.

                                            
Sebenarnya ini lah kualiti air ikan aku sebelum ni (sebenarnya aku pun tak tau benda macam ni sebelum ni haha), Kalau ikan lain dah lama kojol. Nasib baik la spesis Toman ni tahan lasak sikit. Bacaan yang sepatutnya maksima pun lebih kurang 1.0 ja, aku punya bacaan dah lebih dari maksima .


Ikan Haruan -yang ini pun kira saudara dia jugak la

Channa Striatus

Kalau tengok profail dia pun dari keluarga yang sama dengan ikan toman.

Nama : Ikan Haruan
Nama Saintifik : Channa Striatus
Keluarga : Channidae
Kumpulan : Channa

Ikan kat atas tu sebenarnya dah jadi makanan ikan toman. Aku cuba letak dalam akuarium tu kot-kot boleh berkawan maklum la dari satu keluarga. Tak sampai seminit dah lesap dalam perut toman tu...kesian.



Jom tengak aksi toman sarapan


haha... sori, cameraman amator, ternampak ibu jari dan tak tau nak buang

December 26, 2007

KOLAM SIMEN


Setelah ter’stop’nya projek ketutu, aku dok cari2 apa aktiviti berasaskan tani yang aku boleh buat. Tiba2 terlintas dalam kepala otak “apa kata kalau aku buat kolam ikan ", kecik2 pon tak pa. Masuk la ikan apa2 pun. Tapi kalau nak buat kolam tanah, aku mana ada kawasan, tanah pun tadak. Lastly aku decide buat kolam simen. Pakai space sikit ja.

Kebetulan kat kampong aku ada la jugak tukang buat rumah. Lepas bincang lebih kurang, maka bermula la progres kolam ikan. Aku buat kecik saja, padan la dengan modal aku yang kecik....hehehe. Lepas tok tukang tu bertungkus-lumus, akhirnya siap la jugak kolam aku dlm masa 2 minggu.



Ini la rupa kolam aku
Kolam ni kalau saiz luaran 14’x10’, tapi aku ‘devide’ 2. Dpt la 2 bijik kolam bersaiz 10’x10’ dan 4’x10’. Kira OK la jugak. Pastu dok pikir apa ikan yang aku nak bubuh.

Selepas 2 minggu kolam siap, aku masuk kan anak talapia merah dlm saiz 2-3 inci. Adalah dlm 100 ekor, utk testing. Mula2 ok. Esok pagi bila jenguk kolam, hehe.. byk gak yg timbul dgn perut kat atas. Yg lain2 tu mcm tak selesa ja. Nampak mcm kelam-kabut. Tak kan ikan talapia pun ada kutu gak. Setiap hari ada saja yg mati.

Lepas tanya orang yg penah buat, baru tahu kalau kolam simen yg baru buat, tak blh masuk ikan terus (pegawai perikanan pun ckp mcm tu jugak) sbb simen tu ada kimia, ada ‘effect’ kat ikan. Patut laa.... bkn itu saja. Kalau boleh kena masukkan daun nenas/pelepah pisang ka dlm kolam tu dlm 2-3 minggu dulu. Bagi simen tu neutral @ buang kimia dia dulu. Tapi aku tak buat pun camtu pasal dah ada ikan. Aku ‘tonyoh’ ja dgn pelepah pisang lepas tu tukar air. Ikan pun dah tinggal sikit saja. Yg lain tu..biasa la..

Setelah beberapa minggu,bila keadaan dah normal, aku tambah lg 300 ikan talapia dan 100 ikan lampam jawa. Org ternak berpuluh ribu ekor, aku plak berpuluh ekor saja. Cukup la utk suka-suka. Mak aku yg tolong bg makan (pellet). Aku sekali-sekala bila balik kampong saja baru tgk.


Anak Ikan Talapia

Rupa2 nya ikan tilapia ni cepat besar, baru 2 bln lebih dah dekat 3 jari saiz dia. Tp selepas 3 bln, ikan ni dah tak mau makan ‘pellet.’ Dulu kalau tabor ja pellet, siap melompat2 makan. Tapi sekarang buat ‘don’t know’ ja. Pellet dok terapung ja dlm kolam. Biasanya selepas tukar air ja dia mogok 2-3 hari tak makan. Ikan pulak dah nampak mcm moyok ja.

Risik punya risik, baru aku tahu, rupanya ada kanak2 ribena yg suka dok sakat. Depa guna penyauk utk tangkap ikan dlm kolam tu. Ikan kalau bela dlm kolam simen, tak boleh dok kacau sangat. Dia jadi takut. Kalau kolam tanah tak pa. Satu hari kena kacau, ikan dah tak mau makan 1-2 hari, bayangkan kalau hari2 kena kacau. Mau mati kebulur. Lagi pun pellet yg tak dimakan akan jadi racun pulak (ammonia), sebabkan air tercemar, ikan pun jd tak sihat la. Oleh kerana keadaan tak dpt di kawal lagi, aku terpaksa korban kan ikan-ikan tu (berat 300g-400g). Maka hari2 dok makan ikan tilapia dgn lampam jawa sampai naik ‘muak’.



Anak Ikan Lampam Jawa

Bila dah habis semua tilapia/lampam tu jd lauk, aku masuk pulak anak keli. Orang kata keli lagi senang bela. Bagi apa pun dia ‘sebat’. Air pun tak payah tukar. Memang betul, keli cepat membesar sebab kuat makan. Bukan pellet saja, member pun dia sebat jugak. Yg mana saiz kecik, kena makan dgn yg besar. Keli boleh hidup sihat dlm air yg kurang berkualiti. Tapi sehebat keli pun, tak tahan jugak dgn gangguan kena penyauk hari2. Hilang selera makan. Akhirnya terpaksa aku korbankan jugak. Nak buat camna..Dah nasib…..

Keli ni aku rasa kalau ternak untuk komersial dgn bagi makan pelet, tak berbaloi la. Kalau kita bagi makanan murah @ free (macam perut ayam-tapi orang kata daging jadi kurang enak, byk lemak..betul ke?) ok la. Sebab untuk dpt sekilo keli, kita kena bagi 2 kilo makanan. Bayangkan harga pellet RM2/kg, Untuk sekilo keli kos makanan RM4/=. Harga tolak adalah dlm RM3-Rm4 sekilo......hehehe pikio ler.

December 18, 2007

KETUTU

Once upon a time (lebih kurang 1.5 tahun lepas), aku pernah juga cuba2 bela ikan. Lepas bincang dgn member, kami decide nak bela ikan ketutu. Masa tu aku pon tak penah dgr nama ikan ni. Nama lain dia ikan hantu, ketutu, belantuk, ubi, haruan bodoh,sand goby atau Oxyeleotris marmoratus/bleeker...bukan Mobby Dick aaa..

"Orang" kata harga dia mahai, lebih kurang RM60/kg. Tp berat dia mesti around 1kg la. Masa lebih kurang 12 bulan blh dapat 1kg. Fuh..tu yg semangat lebih tu.. Dlm kepala aku kalau ternak 1000 ekor, dlm setahun leh la RM60,000/= ...kayo pokcik...


Anak Ikan Ketutu (From Ketutu Fotopage Blog)


Kalau kita nak sebut nama dia pun susah, aku rasa nak ternak dia mesti susah jugak. Tapi member kata belasah jer. Walaupun aku asal dari kampong, tapi aku bukan tau sangat pasal apa2 ikan pon. Makan ikan yg dah jadi lauk aku tau la...

Cukup ja himpun modal, kami pun start la. Kerana nak cepat kaya, kami mula dengan 1000 ekor, dalam 3 tangki fiber (4x10 kaki) dan buat dalam shoplot lagi (sewa plak tu...hehe), maklum la ikan ni blh juai mahal...

Kerana sibuk sgt, 2 hari lepas benih ikan sampai (member la dok take care), baru la aku sempat pi tgk mcm mana la rupa ikan tu. Aaiiik.... ada lebih kurang 40 ekor ikan ada atas lantai. Tekejut aku, nie ikan hantu ka betoi2 hantu. Pasai apa jadi camni?.. Ntah!! semua org tak tau. Laaa aku ingat depa tau cara nak bela, rupanya semuanya 'zero'. Aku kira OK jugak pasal penah la jugak bela ikan tp masa kecik2 dulu la...Ikan "kemeraih". Itu pun bela dalam balang gula mak aku. Lingkup 40 ekog.....Fuh. Perkiraan atas kertas masih dpt untung byk lagi...nasib baik.

Sebenarnya perkara ni berlanjutan sehingga 2 - 3 bulan dengan kematian sehari antara 1 - 6 ekor. Kalau jenguk dlm tangki pun nampak dah tak byk dah. Risau teramat sangat..

Akhirnya kami pi tanya 'seorang Cina' yg dok buat benih anak keli. Pasai apa ikan ni selalu mati dgn kesan putih kat badan dan mulut.

Dia kata ni pasal kutu serang badan dan hisap darah. Kerana ikan ni byk kutu sbb tu la nama dia pun 'Ketutu'. Dia bagi sejenis ubat utk campur dlm air tangki utk buang kutu. Ubat tu kena biar dalam 3-4 hari, lepas tu kena buat lagi kalau2 ada telur kutu yg baru menetas. Lepas tu semuanya OK. Kami tanya 'tokey' tu apsal tak bela ikan ni, pasal pa buat benih keli?... Hehe..dia kata ikan ketutu ni payah nak bela, ikan keli walaupun murah tp blh jual byk...
Walaupun 'tokey' tu berkecimpung dgn pembenihan ikan selama 20 thn, dia pun tak mau bela ikan hantu ni. Susah!!!... katanya. Berderau darah aku... kalau susah apa nak jadi dgn balance 5-6 ratus ekor lg dlm tangki nu. Buat perkiraan atas kertas, masih blh dpt untung lagi, tapi kurang la sikit...lega.

Ikan ni kami bagi dia makan 'anak ikan lompat', beli kat kedai ikan. Beli RM10/= tahan la seminggu. Kira Ok la. Tapi 'orang' kata, klau nak cepat besar lagi, kena bagi makan udang/kerang (kerang-buang kulit dulu). Pastu ketutu ni dpt la menu baru, makan udang 7-8 kali sebulan. Ewaahh.. hebatnya. Aku pun dlm sebulan 1-2 kali ja makan udang. Itu pun kekadang tak merasa langsung. Betuahnya ketutu.....

Walaupun dah kurang masalah, tapi kekadang ada jugak yang mati, belek2 tengok ada yang tercekik duri udang dan mungkin ada yang demam la kot.
Tapi...selepas 7-8 bulan baru kami perasan yang ikan ni tak besar pun. 'Orang' kata dlm sebulan boleh membesar dalam 80gm-100gm, ini dah 8 bln tapi masih dalam 300-400gm. Kami estimate dlm 10-12 bln dah blh harvest dan budget pun setakat tu aja. Kalau mcm ni kena tunggu setahun lagi la nak dpt 1 kg. Kalau ikan tak mampus, kami yang mampus dulu la.

Oleh sebab harvest period dah sampai tapi target baru dalam 30%-40%, ikan tak boleh nak jual, nak proceed kena tambah modal lagi. Daripada dok buang masa dan duit lagi maka keputusan drastik terpaksa di ambil. Stop projek ni. Ikan kami lepas kat kolam member. Projek Ketutu hilang dalam sekelip mata. Buat perkiraan atas kertas...??? Untung? Rugi? Modal?.... Alat pengiraan semua hilang bersama ketutu........
Maka mulai hari itu, hilanglah gelaran penternak ketutu pada kami. Wlalaupun begitu, kami tak pernah kesal dgn apa yang berlaku. Sekurang2 nya, kami telah mencuba. Mungkin bukan rezki kami lagi.
Tapi lepas tu terdengar jugak member aku (bukan group ketutu) kata mungkin aku ni tak serasi bela ikan. Ntah lah... Sebab aku pun bukan tau sgt pasal istilah serasi ni. Tapi member aku ni blh kata pakar gak la pasal ikan2 darat nih. Tapi kalau suruh bela ikan hantu ni tak tau la menjadi ke tak.

Sampai sekarang istilah
SERASI ni masih bermain2 dalam kepala otak aku. Kalaulah konsep ini ujud, maka ia merupakan penghalang kepada kemahuan seseorang untuk melakukan sesuatu. Namun aku rasa mungkin istilah ni di gunakan utk 'cover' kegagalan seseorang dlm sesuatu bidang kot, jadi tak la rasa kecik hati sgt kalau gagal. Jadi boleh la dia kata "...mungkin tak serasi dengan aku kot..." jadi tak nampak la sgt 'ketidak-retian' dia yg sebabkan dia gagal.....hehehe...


Walau-apa pun,bagi aku, ikan ketutu/haruan bodoh ni memang betul2 ikan hantu.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...