Pages

December 26, 2007

KOLAM SIMEN


Setelah ter’stop’nya projek ketutu, aku dok cari2 apa aktiviti berasaskan tani yang aku boleh buat. Tiba2 terlintas dalam kepala otak “apa kata kalau aku buat kolam ikan ", kecik2 pon tak pa. Masuk la ikan apa2 pun. Tapi kalau nak buat kolam tanah, aku mana ada kawasan, tanah pun tadak. Lastly aku decide buat kolam simen. Pakai space sikit ja.

Kebetulan kat kampong aku ada la jugak tukang buat rumah. Lepas bincang lebih kurang, maka bermula la progres kolam ikan. Aku buat kecik saja, padan la dengan modal aku yang kecik....hehehe. Lepas tok tukang tu bertungkus-lumus, akhirnya siap la jugak kolam aku dlm masa 2 minggu.



Ini la rupa kolam aku
Kolam ni kalau saiz luaran 14’x10’, tapi aku ‘devide’ 2. Dpt la 2 bijik kolam bersaiz 10’x10’ dan 4’x10’. Kira OK la jugak. Pastu dok pikir apa ikan yang aku nak bubuh.

Selepas 2 minggu kolam siap, aku masuk kan anak talapia merah dlm saiz 2-3 inci. Adalah dlm 100 ekor, utk testing. Mula2 ok. Esok pagi bila jenguk kolam, hehe.. byk gak yg timbul dgn perut kat atas. Yg lain2 tu mcm tak selesa ja. Nampak mcm kelam-kabut. Tak kan ikan talapia pun ada kutu gak. Setiap hari ada saja yg mati.

Lepas tanya orang yg penah buat, baru tahu kalau kolam simen yg baru buat, tak blh masuk ikan terus (pegawai perikanan pun ckp mcm tu jugak) sbb simen tu ada kimia, ada ‘effect’ kat ikan. Patut laa.... bkn itu saja. Kalau boleh kena masukkan daun nenas/pelepah pisang ka dlm kolam tu dlm 2-3 minggu dulu. Bagi simen tu neutral @ buang kimia dia dulu. Tapi aku tak buat pun camtu pasal dah ada ikan. Aku ‘tonyoh’ ja dgn pelepah pisang lepas tu tukar air. Ikan pun dah tinggal sikit saja. Yg lain tu..biasa la..

Setelah beberapa minggu,bila keadaan dah normal, aku tambah lg 300 ikan talapia dan 100 ikan lampam jawa. Org ternak berpuluh ribu ekor, aku plak berpuluh ekor saja. Cukup la utk suka-suka. Mak aku yg tolong bg makan (pellet). Aku sekali-sekala bila balik kampong saja baru tgk.


Anak Ikan Talapia

Rupa2 nya ikan tilapia ni cepat besar, baru 2 bln lebih dah dekat 3 jari saiz dia. Tp selepas 3 bln, ikan ni dah tak mau makan ‘pellet.’ Dulu kalau tabor ja pellet, siap melompat2 makan. Tapi sekarang buat ‘don’t know’ ja. Pellet dok terapung ja dlm kolam. Biasanya selepas tukar air ja dia mogok 2-3 hari tak makan. Ikan pulak dah nampak mcm moyok ja.

Risik punya risik, baru aku tahu, rupanya ada kanak2 ribena yg suka dok sakat. Depa guna penyauk utk tangkap ikan dlm kolam tu. Ikan kalau bela dlm kolam simen, tak boleh dok kacau sangat. Dia jadi takut. Kalau kolam tanah tak pa. Satu hari kena kacau, ikan dah tak mau makan 1-2 hari, bayangkan kalau hari2 kena kacau. Mau mati kebulur. Lagi pun pellet yg tak dimakan akan jadi racun pulak (ammonia), sebabkan air tercemar, ikan pun jd tak sihat la. Oleh kerana keadaan tak dpt di kawal lagi, aku terpaksa korban kan ikan-ikan tu (berat 300g-400g). Maka hari2 dok makan ikan tilapia dgn lampam jawa sampai naik ‘muak’.



Anak Ikan Lampam Jawa

Bila dah habis semua tilapia/lampam tu jd lauk, aku masuk pulak anak keli. Orang kata keli lagi senang bela. Bagi apa pun dia ‘sebat’. Air pun tak payah tukar. Memang betul, keli cepat membesar sebab kuat makan. Bukan pellet saja, member pun dia sebat jugak. Yg mana saiz kecik, kena makan dgn yg besar. Keli boleh hidup sihat dlm air yg kurang berkualiti. Tapi sehebat keli pun, tak tahan jugak dgn gangguan kena penyauk hari2. Hilang selera makan. Akhirnya terpaksa aku korbankan jugak. Nak buat camna..Dah nasib…..

Keli ni aku rasa kalau ternak untuk komersial dgn bagi makan pelet, tak berbaloi la. Kalau kita bagi makanan murah @ free (macam perut ayam-tapi orang kata daging jadi kurang enak, byk lemak..betul ke?) ok la. Sebab untuk dpt sekilo keli, kita kena bagi 2 kilo makanan. Bayangkan harga pellet RM2/kg, Untuk sekilo keli kos makanan RM4/=. Harga tolak adalah dlm RM3-Rm4 sekilo......hehehe pikio ler.

10 comments:

Anonymous said...

Saya ada kolam ikan yg di buat dg simen.tp dlm 8 bln lebi mati semua

ashura said...

Saluran air kena betul

Unknown said...

Berapa modal tuk buat kolam ni..

Unknown said...

Ikan telapia makan perut ikan mentah/ masak..?

Unknown said...

saya sangat berminat dgn cara membuat kolam simen boleh admin paparkan cara2 membuat kolam simen yg bagus

Unknown said...

Assalamualaikum,boleh tak nk tnye,saya buat kolam guna semin tapi takdela clean kan,tapi bile saye letak ikan dalam tu kenapa smua jadi lembik lpstu ekor sisik smua jadi macam rosak walaupun dah bilas dekat 6 kali dh kolam tu

Unknown said...

Assalamualaikum,bole bgi tips macam mna nak bagi kuat kolam simen supaya tidak menghadapi kebocoron?

Unknown said...

Sa ada buat kolqm simen utk tdk bocor slepas di paitung( simen cmpur pasir) mesti semin balik dgn simen tanpa pasir supaya liang2 halus dpt ditutupi..lps siap kolam hedklah dibiarkan selama 3_4 minggu dgn menakungkan air dslm kolqm tersebut agar kimia pada simen itu hilang.

Ed said...

Cuba guna guni plastik sebagai asas simen letakkan di bawah dawai sebelum dasar kolam disimen.

Anonymous said...

Wassalam.. lantai kene licin@bubuh mozek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...