Setelah menunggu hampir 2 bulan lebih dan terok di kerintingkan serta di serang hendap oleh musuh2 nya, ini lah saja sisa2 yang tinggal. Dapat la jugak aku tengok hasil dia walau pun dah tinggal sikit dan juga tak macam yang orang lain.
Harap2 buah ni dapat stay kat pokok ni sampai masak le. Sebab banyak jugak yang luruh, mungkin kerap sangat hujan kot.
Buah-buah yang baru nak membesar
Penyakit ni la yang banyak serang pokok aku, bila daun/pucuk dah jadi kerinting camni semua bunga luruh habis so jangan harap le nak jadi buah...
......lepas daun lecur dulu dah pulih, datang lagi satu dugaan. Perkara ni berlaku setelah masuk minggu ke-3 di ubah iaitu bila dekat nak bercabang. Sebelum tu daun dia ok jer. Lepas tu daun dan pucuk yang baru tumbuh mula merekot ke atas dan ada sikit kekuningan. Lebih 50% jadi camtu, pastu nampak macam makin banyak. Kalau berjangkit habis la pokok ni. Dah la tanam sikit ja.
Daun jadi berketak2 dengan sedikit kekuningan
Kalau tengok betul2, keadaan pokok yang kena tu hampir sama saja bentuknya, daun merekot ke atas.
Aku tanya member yang pernah tanam cabai sebelum ni, dia kata 2 kemungkinan. Samada tak cukup nutrein (baja/air) atau kena virus, kemungkinan dari benih. Aku nak monitor dalam seminggu lagi selepas tambah nutrein. Kalau tadak perubahan, dia cakap mungkin kena buang semua dan semai benih lain ler.
Aku periksa setiap pokok yang daun jadi camtu atas/bawah, tak nampak pun kehadiran sebarang serangga. Lagi pun baru je racun
Pokok baru nak keluar cabang dan berbunga, kena serang hendap lak. Semua benih ni jenis 568
Terubat la jugak hati aku bila tengok buah timun nie.
Sebenarnya apa yang berlaku pada pokok cabai aku nie.. Komen sikit sesiapa yang tahu/pakar.
Aku ada la tanam sikit cabai kat depan rumah selepas plan awal aku ( Nak Tanam Cabai....) tu tertangguh. Tapi entah kenapa daun dia macam terbakar lak. Dari dalam tray lagi dah nampak benda ni. Semai dalam holland-peat, lepas 2 minggu siram baja bersukatan 1.2 ec. Lepas 2 minggu, kesan lecur mula nampak.
Kesan bermula pada hujung daun, kemudian ke bahagian tepi daun.
Lepas 3-4 hari ubah, kesan nampak makin ketara. Semua daun lama kena, harap2 pucuk yang baru tumbuh selamat la. Kalau tidak....hehe
Jadi nak tanya la otai2 cabai kat luar sana , pasai pa jadi camni.
...Mungkin Kena Tangguh Dulu Kot.... Kalau ikut scedule asal aku, progress ni dah lama siap. Dah boleh tengok anak cabai kat polibag tu. Tapi kerana ada beberapa perkara yang aku sendiri tak reti nak elak, maka sampai sekarang tak siap2 lagi.
Masalah pagar, akubaru ja mampu dapatkan kawat duri dengan pukat aja…tiang pagar?..bila nak buat?.....Ntah. Kebetulan partner akutak boleh nak bagi komitmen lak, kemungkinan tarik diri kerana ada hal yang dia sendiri tak mampu nak elak. Aduss…
Saja aku tak buat piping dan pasang silvershine lagi walaupun peralatan dah ready sebab banyak benda lain yang masih kantoi.
Pasal air dan api, dah lama ‘kow-team’ dgn jiran sebelah. Aku guna pam untuk ambil air dari telaga dia ke pondok aku lebih kurang 80 kaki. Tapi bila aku ON kan pump 1.0 HP tak sampai 7 minit, kering telaga tu. Kena tunggu setengah jam lagi baru boleh pam kan air tu balik. Kalau camni punya cara, 5 jam baru boleh penuh tangki 600 gelen aku.
Dulu dia cakap telaga tu memang tak pernah kering seumur hidup dia. Tapi dah lama tak guna pasal dok guna air paip, jadi telaga tu tak terjaga la. Masa telaga tu kering, aku tengok macam2 dok ada dalam tu dengan buah ‘nyiog’, ranting & daun2 kayu, ntah2 kura-kura pon ada kot. Benda2 ni yang sebabkan lubang ‘mata air’ nya mungkin tersumbat.Mungkin ada bebudak yang buangkan benda2 tu dalam telaga. Dia kata kalau nak bagi mata air tu kuat balik, kena ‘lanyau’. ‘Lanyau’ ni dalam bahasa Kedah bersihkan segala benda asing dlm telaga tu, keluarkan ‘selut’ (lumpur) yang ada dan tambah sikit kedalaman dia. Huh....senangnya cakap, sapa nak buat nie?
Kalau camni lama-lama, rumput pun boleh tinggi lagi dari polibag. Tapi nak buat camna...
Akhirnya aku decide nak rilek dulu, tenangkan fikiran. Mungkin tangguh dulu kot. Tapi keinginan nak tengok tanaman guna system fertigasi yang aku buat sendiri masih kuat lagi. Mungkin aku akan set-up yang mini kat laman rumah orang tua aku kot tapi dengan skala yang cukup kecik dari plan asal aku. Bukan apa..sebab aku dah letih la…
Baru2 ni semasa dok ukur tapak utk buat layout piping, ternampak satu perkara yg amat memeningkan kepala.....tapak kaki khinzer (babi).... Walaupun kami tak nampak binatang tu, tapi dari kesan tapak kaki, aku tahu ia dalam kumpulan yang banyak (siap bawak anak-bini nih). Masalah besar. Sebelum pilih tapak ni, dah survey tadak org kampung yg ternak lembu/kambing so tak perlu pagar, tak pernah lak depa sebut pasal binatang nie.. Sekarang ni depa suggest buat pagar berpukat pulak......he..he..he.. mana ada budget utk pagar.....haru-haru.
Tapak ni dah lama dok tunggu polibag, tapi.... Rumput pun dah mula tunjuk bakat. Pagar?...macam di kata la.
Kami bercadang nak pulun abih la buat benda ni semasa Raya Cina sebab cuti panjang sikit. Semua pesanan peralatan ( tangki baja, polypipe dll. termasuk sekam sepatutnya sampai sebelum raya. Tapi 4 hari sebelum Raya Cina bermula, ntah apa sebab yang tak dapat di elakkan, depa kata tak dpt nak deliver semua barang2 tu dlm masa yg aku nak, 1 – 2 minggu lepas Raya Cina baru dapat. Haaahhh..abih cuti ni aku nak buat apa?.......
Sekam ni sebenarnya campuran sekam bakar + sekam tak bakar dengan nisbah 4 : 1 . Sekam ni pun sampai seminggu lepas raya Cina....
Apai pernah tulis kat aku “Seribu Batu Perjalanan Bermula Dengan Langkah Pertama ” tapi aku baru atur langkah pertama dah beribu dugaan sampai....Hehe camna ni Apai. Baru aku tau bukan senang nak memulakan sesuatu.....lambat lagi la nak siap nih....... Sabooorr!!..........bersambung.............
Kini tapak yang dah
dibersihkan tu dah naik semak balik, tapi progres apa pun tak mula lagi. Maklum
la lepas cuci tapak dulu, hujan turun memanjang, tak sempat nak buat kerja,
hehehe…alasan semua. Tapi dlm tempoh tu, sempat jugak kami buat pondok untuk letak
peralatan dan attend kursus asas fertigasi. Aku dpt rasakan yg pergerakan
projek ni terlalu lambat. Tu yg sesetengah org,depa buat full time terus....member aku selalu kata, perkara
yangpaling susah adalah
bila nak memulakan sesuatu...Betul
ke?
Lepas bersihkan hutan tu, barulah
nampak pemandangan bukit kat belakang. Itulah Bukit Enggang, sekitarnya adalah
hutan simpan. Kat kaki bukit tu la kami cari kayu buat pondok ni. Yang hijau tu
bukan pokok cabai noo!! Itu anak senduduk yg baru tumbuh lepas musim hujan
dulu.
Untuk mencukupkan bajet, kami buat pondok tu semuanya
guna kayu hutan berdekatan. 3 – 4 hari jugak masuk hutan cari kayu. Sebenarnya
tu hutan simpan, tapi kat situ aja yg ada, belasah je la...hehehe. Atap pun
guna zink terpakai. Nasib baik partner aku tu ex-tukang...save!!.
Sebenarnya design pondok tu ada problem sikit. Oleh
kerana kami gunakan atap zink, jarak antara atap dgn lantai sepatutnya tinggi.
Sebab kalau tengah hari/musim panas, suhu bawah pondok tu jadi panas, so air
nutrien dlm tangki akan panas dan boleh menyebabkan salah satu kandungan baja
akan hilang (boron). Sekarang kena fikir plak mcm mana nak solve benda nie.
Kedudukan atap zink yang rendah akan menyebabkan suhu di
bawahnya menjadi panas.
Dalam
tempoh tu, ada jugak peralatan yg dah aku beli secara sikit-sikit sementara nak
tunggu infra siap spt. sub-pipe 16mm, tubing 3/4mm, dripper 2LH, 1-way start
joiner, dish filter, media corp (1 beg 20kg@80 liter blh semai ± 2000 anak
benih) dan tray semaian. Benih pun dah beli , kalau tak silap 568. Risau gak
dah simpan lama tapi Bro Ashraf(www.mohdashraf.com)bagi tip, kalau kena cara simpan blh tahan lama. Lega sikit.
Lain2 peralatan dan progres tu, coming soon!!...
Suatu ketika dulu, semasa
ikut member pergi tempat kerja dia, kami ter nampak orang dok susun polibeg
putih mcm nak semai anak pokok. Siap dengan politank, pam & piping.
Setelah diselidik, rupanya depa nak tanam cabai. ‘Sistem Fertigasi’ kata depa. Mcm pernah tengok masa aku cuti2 Malaysia kat CameronHighland dulu.
Pasal aku bkn org pertanian, jadi aku tak perasan sangat benda2 ni semua.
Sekali fikir tengok, ok jugak mcm ni pasal blh guna ruang kecil, pengairan
& pembajaan sistematik. ‘Maintenance’ pun nampak mcm tak byk kerja.
Tapi itu pandangan aku la, kalau ‘in real’ mungkin berbeza kot. Ntah lah….
Mardi Agrotek, Cameron Highland- Masa tu tak tau pulak nama sistem tu Fertigasi. Kalau tidak dah lama aku buat. Budak kecik kat sebelah tu la HERO aku.
Semasa balik kampong, jumpa member sambil borak-borak kat pondok RELA kampung aku. Kebetulan isu cabai polibeg ni keluar dan dia pun pernah tgk gak, apa lagi sakan la kami borak sampai org lain dah tido (ahli RELA yang sepatutnya kena ‘jaga’ pun tido jugak-kena report kat BOSS ni..) tapi isu cabai kami tak habis2 lagi. “Mcm mana kalau kita cuba try?” tiba2 terpacul ayat dari mulut aku , “boleh juga, tapi mana reti tanam2 cabai nie..” respond baguih bercampur risau. Aku kata tak reti blh belajar, tapi kalau malas tak blh buat apa la. Kata sepakat di capai, “KAMI NAK BUAT’, maka proses pertama kena cari kawasan yang sesuai dulu. Kena dekat dgn sumber air & elektrik.
Bunga pun depa tanam guna Sistem Fertigasi jugak
Esoknya, aku pun merayau la suvey tanah ( last day kat kampung, aku balik pun 1 – 2 minggu sekali-wekend). Ada la 2-3 tempat . Ada yg dekat rumah & dekat punca api/air , tapi saiz kecik lak, tak padan dgn projek kami yg besar..hehehe. Yang saiz besar jauh lak dari rumah, susah maintenance lak. Lastly jumpa tempat yg agak sesuai, namun yg sedihnya mcm belukar, penoh dgn pokok2 besar & semak samun ( kena keluar modal lebih ni). Apa blh buat, itu saja yang ada. Tapi api/air kena “kawtim” dgn rumah terdekat la. Harap2 dia bagi kot. Member aku tak joint , pi motong getah la...apa lagi.
Ini la rupanya tapak yang kami pilih. Nak bersihkan semak-samun ni yang naik semak kepala tu...
Sebenarnya member aku ni buat keja kampong, motong getah, tanam padi, tukang rumah pun boleh gak. Kira ada la basic tanam-menanam ni. Aku sepatah haram tak tau langsung benda2 ni walaupun aku dari kampung yang sama...hahaha. Tapi kalau teori fertigasi dia ternganga la, tak boleh lawan aku (teori saja la..). Setelah setuju dgn tempat yg di pilih, proses seterusnya adalah utk menukarkan belukar tu menjadi kawasan lapang.
Tanah ni dah dekat 10 tahun terbiar, walaupun ada beberapa pokok rambutan, durian dan cempedak. Tak pernah di bersihkan.
Apa lagi, pulun la cari org yang ada “Cari Makan” – kata orang Kedah (sebenarnya traktor tolak tanah yg ada tulis JCB tu). Kebetulan ‘JCB’ tu dok buat projek besarkan jalan dekat dengan tapak projek kami. Tapi kena tunggu waktu depa ‘free’ la. Sebulan lebih jugak dok tunggu depa ‘free’. ‘La ni musim hujan, mana boleh buat kerja’, kata drebar tu. Aku ‘push’ dia buat jugak, apsal hujan tak boleh buat, lagi pun traktor tu ada bumbong apa. Dlm hati, aku ingat drebar tu pemalas. Lagi pun aku yg nak bagi duit kat dia, bukan nak ambik duit dia. “Ini bukan masalah bumbong ada ke tak!! Kalau hujan, tanah jadi lembut, kalau buat jugak kena ambik masa, kalau hang nak jugak, aku boleh buat, dalam ribut pun tak pa, aku dpt duit, hang la yang rugi, kerja yg boleh siap 1 hari jadi 3 hari (upah pun 3 hari la). Mau ka tak?..”drebar tu bagi pukulan maut. “Tak pa la bang, tunggu kemarau sikit., kalau masa sesuai abang call kami la”..kata kami penuh insaf.