Kini lebih kurang 1.5 tahun lepas, member ada bagi sepasang (2 ekor)
anak ikan toman. Boleh bela dalam akuarium dan cepat pulak membesar kalau kena
gaya makan, katanya. Apa salahnya
mencuba, dengar kata ikan ni ganas, maklum la predator hebat air tawar.
Macam ni la rupa ikan toman tu masa mula aku
pelihara ( saiz ~ 4 @ 5 inci). Tak ada corak apa pun, cuma 2 garisan hitam ja - tapi gambar ni aku ambik dalam internet
Sebenarnya aku tak tahu
sangat pasal spesis ikan ni (ikan jenis lain pun sama juga aku tak tahu), tapi lepas
tanya En Google, rupanya ada berpuluh jenis spesis dari keluarga ikan ni dan
yang aku bela ni cuma salah satu darinya. Sedikit profile tentang spesis ni
yang En. Google bagi tau:
Nama : Toman Harimau @
Batik (nana ni aku yang bagi...)
Nama Saintifik : Channa Micropeltes
Keluarga : Channidae
Spesis : Red Snakehead @
Giant Snakehead
Kumpulan : Channa
Asal : Asia tenggara
Tingkahlaku : Agresif
Diet: Karnivor
Keadaan Air : Suhu = 72°C -
82°C, PH = 6.0 - 8.
Max. Size: ~ 42”
Minimum Saiz Tangki/
Akuarium : 500 gelen (kalau nak bela dalam tangki/ akuarium)
*** Khabarnya spesis ini adalah yang paling
besar dalam keluarganya
Selepas 6
bulan dalam akuarium, dah mula nampak corak/ belang yang keluar
Kena penyakit apa ntah, berjurai keluar dari ususnya, kekadang benda tu masuk semula dan kekadang terputus mcm tu ja. Panjang ada yang sampai sekaki lebih.... menggerunkan
Aku ada jugak tanya otai ikan, depa kata tu mungkin "tape worm", kena hati-hati. Kecut perut la jugak mana tau masuk dalam badan aku ka...hihi. Kesan pada ikan tu ialah, dia makan macam gajah jugak, tapi tak membesar, makin pucat ja warna dia. Jumpa Vet pun dia kata macam tu jugak...ngeri betoi. Dr. kata rawat dengan Praziquantel. Dia bagi ubat tablet....... pening aku nak bagi ikan makan macam mana. "Pandai- pandai la hang", dia kata.
Akhirnya jumpa jugak ubat cecair yang masuk dalam akuarium dengan dos dan aturan tertentu. Nama ubat tu "General Cure" - keluaran API. Sampai sekarang dah OK.
Dah segar balik, tengok orang pun macam nak telan ja
Rupanya kalau nak ikan kita sihat, dia kena la hidup dalam persekitaran yang sihat, macam kita la jugak kalau asyik dok sedut udara kotor ja, boleh sesak nafas. Ikan pun camtu la jugak, oleh kerana persekitaran dia ialah air, maka kualiti air perlu lah dijaga. Tambahan pula kalau dalam akuarium, kencing/ berak semua dalam tu. Oleh itu, sesapa yang hobi dia bela ikan, kena la paham sikit pasal "Akuarium Nitrogen Circle" ni. Berkenal-kenalanlah dengan "Nitrobactar" dan "Nitrosomonous". Mungkin boleh rujuk mana-mana artikel dari En Google.
Sebenarnya ini lah kualiti air ikan aku sebelum ni (sebenarnya aku pun tak tau benda macam ni sebelum ni haha), Kalau ikan lain dah lama kojol. Nasib baik la spesis Toman ni tahan lasak sikit. Bacaan yang sepatutnya maksima pun lebih kurang 1.0 ja, aku punya bacaan dah lebih dari maksima .
Ikan Haruan -yang ini pun kira saudara dia jugak la
Channa Striatus
Kalau tengok profail dia pun dari keluarga yang sama dengan ikan toman.
Nama : Ikan Haruan
Nama Saintifik : Channa Striatus
Keluarga : Channidae
Kumpulan : Channa
Ikan kat atas tu sebenarnya dah jadi makanan ikan toman. Aku cuba letak dalam akuarium tu kot-kot boleh berkawan maklum la dari satu keluarga. Tak sampai seminit dah lesap dalam perut toman tu...kesian.
Ikan kat atas tu sebenarnya dah jadi makanan ikan toman. Aku cuba letak dalam akuarium tu kot-kot boleh berkawan maklum la dari satu keluarga. Tak sampai seminit dah lesap dalam perut toman tu...kesian.
Jom tengak aksi toman sarapan
haha... sori, cameraman amator, ternampak ibu jari dan tak tau nak buang