Lebih
kurang 2 tahun lepas , secara tak rasmi aku pernah melawat sebuah jabatan
pertanian kat tempat aku untuk tengok tanaman mempelam. Mana la tau datang
minat nak tanam mempelam ka ataupun boleh makan mempelam free ka. Tapi malangnya tak ada lagi mempelam yang dah
berbuah.
Tapi
entah mengapa aku tertarik pada sejenis tanaman yang tak pernah terlintas pun
dalam kepala aku selama ini iaitu KELAPA. Kat tempat aku panggil “nyog”....haha
Sebenarnya
kat kampong aku pun berlambak pokok kelapa ni, tapi semuanya tinggi-tinggi.
Kalau “urgent” nak guna kelapa, pakat-pakat tengok ja la sebab nak kait tak
mampu... terlalu tinggi. Nak tunggu luruh sendiri ntah bila. Rasanya masa aku kecik-kecik dulu pun pokok ni
dah tinggi macam ni la jugak.
Tapi
pokok kelapa yang aku tengok kat kawasan pertanian tu rendah saja. Pegawai tu
kata umur dalam sekitar 3 tahun, dah ada seludang @ bunga dah mula keluar pada
sesetengah pokok. Kalau macam ni punya rendah, nak makan “just “ petik ja. Tak
susah-susah nak kait bagai....
Ini lah pokok kelapa yang aku tengok tu...
Kalau
nak tanam secara komersial ni kena kawasan yang luas sebab aku tengok jarak
antara pokok pun agak-agak 25 kaki lebih. Mana nak cari tanah luas camtu. Yang
dok ada pun hanya tanah hitam dalam beg tu ja....
Sambil
bersembang dengan pegawai tu, baru aku tahu rupanya banyak jenis/ variety kelapa
kat negara kita. Antara yang aku ingat
ialah MAWA, MATAG, MYD, MRD dan lain2 lagi (boleh tanya En Google). Selama ini
aku ingat sejenis kelapa ja yang ada.
Kawasan tanaman yang luas dengan sistem perparitan/ pengairan
Mengikut
kata pegawai tu, spesis kelapa yang aku tengok kat situ adalah dari jenis
kelapa Matag. Kononnya ianya adalah jenis hybrid @ benih dihasilkan melalui
pendebungaan silang antara Kelapa Tinggi Tagnanam (asal Filipina – sebagai benih
jantan) dengan kelapa renek Malaysia samada Malayan Red Dwarf (MRD), Malayan Yellow
Dwarf (MYD) atau Malayan Green Dwarf (MGD). Apa kelebihan hasil dari kacukan
tadi pun aku tak tahu. Sebenarnya aku pun tak pernah dengar atau tengok pun
nama-nama kelapa yang aku sebut tadi (boleh rujuk En Google).
Apa
pun aku cuma tertarik dengan harga kelapa sekarang samada kelapa muda @ tua di pasaran
yang semakin tinggi. Rasanya tak rugi kalau melabur dalam industri ni. Lepas ni bolehla cari mana-mana tanah kosong untuk tanam kelapa ....