Kalau ikut scedule asal aku, progress ni dah lama siap. Dah boleh tengok anak cabai kat polibag tu. Tapi kerana ada beberapa perkara yang aku sendiri tak reti nak elak, maka sampai sekarang tak siap2 lagi.
Masalah pagar, aku baru ja mampu dapatkan kawat duri dengan pukat aja…tiang pagar?..bila nak buat?.....Ntah. Kebetulan partner aku tak boleh nak bagi komitmen lak, kemungkinan tarik diri kerana ada hal yang dia sendiri tak mampu nak elak. Aduss…
Saja aku tak buat piping dan pasang silvershine lagi walaupun peralatan dah ready sebab banyak benda lain yang masih kantoi.
Pasal air dan api, dah lama ‘kow-team’ dgn jiran sebelah. Aku guna pam untuk ambil air dari telaga dia ke pondok aku lebih kurang 80 kaki. Tapi bila aku ON kan pump 1.0 HP tak sampai 7 minit, kering telaga tu. Kena tunggu setengah jam lagi baru boleh pam kan air tu balik. Kalau camni punya cara, 5 jam baru boleh penuh tangki 600 gelen aku.
Dulu dia cakap telaga tu memang tak pernah kering seumur hidup dia. Tapi dah lama tak guna pasal dok guna air paip, jadi telaga tu tak terjaga la. Masa telaga tu kering, aku tengok macam2 dok ada dalam tu dengan buah ‘nyiog’, ranting & daun2 kayu, ntah2 kura-kura pon ada kot. Benda2 ni yang sebabkan lubang ‘mata air’ nya mungkin tersumbat.Mungkin ada bebudak yang buangkan benda2 tu dalam telaga. Dia kata kalau nak bagi mata air tu kuat balik, kena ‘lanyau’. ‘Lanyau’ ni dalam bahasa Kedah bersihkan segala benda asing dlm telaga tu, keluarkan ‘selut’ (lumpur) yang ada dan tambah sikit kedalaman dia. Huh....senangnya cakap, sapa nak buat nie?
Kalau camni lama-lama, rumput pun boleh tinggi lagi dari polibag. Tapi nak buat camna...
Akhirnya aku decide nak rilek dulu, tenangkan fikiran. Mungkin tangguh dulu kot. Tapi keinginan nak tengok tanaman guna system fertigasi yang aku buat sendiri masih kuat lagi. Mungkin aku akan set-up yang mini kat laman rumah orang tua aku kot tapi dengan skala yang cukup kecik dari plan asal aku. Bukan apa..sebab aku dah letih la…
….aku pun tak tau ada sambungan lagi ke tak……
No comments:
Post a Comment