Pages

July 18, 2009

PISANG DI LADANG - Mula Membuahkan Hasil

Setelah hampir 9 bulan dan menghadapi berbagai-bagai dugaan, kini tanaman dah mula beransur-ansur berbunga dan berputik. Macam-macam bentuk yang keluar, kecik, besar, pendek dan panjang bercampur. Macam perasaan aku jugak bercampur-baur. Ye la…macam lari target ja. Tapi ini lah rezki aku. Alhamdulillah....

Pembungkusan Tandan Boleh Di Lakukan Setelah Peringkat Akhir Pembentukan Sisir Selesai.

Sekarang ni proses pembungkusan tandan di lakukan berperingkat-peringkat. Ini penting bagi mengawal mutu buah dari peringkat awal. Pembungkusan dapat mengelak dari gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong (jika ada). Ia juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa proses penuaian, pengumpulan dan seterusnya penghantaran ke pusat pengumpulan/ destinasi.

Kelihatan Anak Pokok Getah Pun Dah Nak Sama Tinggi Dengan Pokok Pisang

Pembungkusan biasanya menggunakan sarung plastik polietilena berwarna atau kertas perang, tetapi kertas perang biasanya mudak terkoyak apabila basah setelah terkena hujan manakala sarung plastik tahan lebih lama dan boleh di guna berulang kali (boleh save tuuu....).

Tetapi bila aku tanya orang yang dok mengusahakan tanaman pisang, mereka kata tujuan utama pembungkusan adalah untuk mengelakkan buah pisang terdedah terus pada cahaya terik matahari yang boleh menyebabkan buah pisang jadi lebam kehitaman dan menjejaskan kualiti buah.....harga pun kureng laa..

Pembungkusan Pada Tandan Yang Telah Melepasi Pembentukan Sisir Terakhir

Oleh itu sebelum sarung plastik di kenakan, biasanya tandan pisang di balut dahulu dengan surat khabar lamee...jadi panahan terik matahari dapat di kurangkan.

Biasanya selepas pembungkusan tandan, proses pemotongan jantung di lakukan. Jantung di potong apabila selaput yang meliputi benang-sari ( hujung buah pisang) telah kering/ kehitaman atau cara mudah (kata kawan aku) apabila jarak antara jantung dan sisir terakhir melebihi 1 kaki.

Note:
Jantung Pisang Berangan Sedap Bila Di Buat Ulam (Rebus Cicah Sambal), Masak Sayur Lemak Campur Ikan Bilis Dan Lain-Lain Yang Orang Perempuan Mesti Tau Punya....hehe )



Kelihatan Daun Kuning Keperangan. Walaupun Dah Berbuah, “Layu Panama” Tetap Menyerang. Pokok Ini Serta Buahnya Terpaksa Aku Korbankan Juga Sebelum Masanya.

Oleh itu untuk menjadi petani nie, kita bukan sahaja hanya berusaha di samping berbangga dengan penggunaan teknologi moden/ canggih sahaja tetapi “DOA” kepada PENCIPTA Alam Dan Seluruh Makhluknya mestilah di sertakan kerana itulah SENJATA kita yang amat berharga.

2 comments:

Deeja.Haddad said...

assalamalaik..
boleh sy dptkan no tel tuan/puan dan lokasi ladang pisang ni dimana ye?
sy pelajar master n akan menjalankan research utk umbut pisang.jadi sy sedang mencari ladang yang bersesuaian untuk mendapatkan sampel.
harap pihak tuan/puan dapat memberi respon.. terima kasih.

dija,
+60197611566
dijahaddad91@gmail.com

nasirsik said...

Salam....
Mintak maaf Chantek Klasik, kebun tu dah lama la, sekarang ni dah jd kebun getah...
Nak research umbut pisang untuk apa tu Cik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...