Pages

September 3, 2011

KAMBING DAN BIRI BIRI - Kenali Perbezaannya

Biasanya, kalau di sebut kambing, kita biasanya akan menganggap kedua-duanya bebiri dan kambing adalah sama . Kat kampong aku masa dulu-dulu, kalau ada orang sembelih kambing nak buat kenduri arwah, orang akan kata ..woit, kenduri malam ni lauk kambing la. Kalau sembelih biri-biri pun, orang akan kata lauk ”kambing biri-biri”. Hehe sama la tu bagi depa. Kalau ubat gigi tu mesti Colgate dan kalau kamera mesti Kodak dan kalau mee segera tu mesti la Megi..hahaha.

Aku bukan la penternak kambing, tapi saja la nak kongsi ngan tuan-tuan maklumat yang aku dapat pasal kambing dan biri-biri ni.

Walaupun kelihatan kedua-duanya mempunyai banyak persamaan, tapi sebenarnya terdapat 2 perbezaan nyata dari segi SPESIS dan GEN. Oleh itu hampir tidak pernah kita dengar kacukan antara kedua nya di lakukan. Mungkin tak akan berjaya kot.

PERBEZAAN DARI SEGI GEN

Biri-biri (Ovis Aries) - mempunyai 54 kromosom
Kambing (Capra Hircus) - mempunyai 60 kromosom


PERBEZAAN FIZIKAL


KAMBING – Kedudukan Ekor Yang Mendongak Ke Atas


BIRI-BIRI - Kedudukan Ekor Yang Menghala Ke Bawah

TABIAT PEMAKANAN

KAMBING - Meragut Dedaun Pokok dan Rumput (Pergerakan Atas dan Bawah)


BIRI-BIRI – Meragut Rumput (Pergerakan Kiri Dan Kanan)

TABIAT SOSIAL

KAMBING - Boleh Bergerak Bersendirian



BIRI-BIRI - Biasanya Pergerakan Berkumpulan

Rasanya ini adalah di antara beberapa perbezaan ketara yang mungkin kita dapat bezakan. Yang lain- lain tu kena la cari sendiri (kalau ada lagi). Sekurang kurangnya dapat la tambah sikit pengetahuan tentang kedua-dua spesis ini.

Credit To : JW Farm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...