Pages

May 15, 2017

Kelapa - Penanaman Selesai

Setelah bertungkus-lumus hampir sebulan, akhirnya selesai jugak la progres menanam kelapa ni. Mau taknya bulan depan dah nak puasa. Tak mampu rasanya nak berjemur tengah panas sambil korek lubang... Sebenarnya tak banyak mana pun pokok yang nak di tanam...



Sementara dok tunggu dapatkan benih tu, kebun dah mula naik semak. Tak sempat dah nak bersihkan semula. Bila dapat ja benih tu, hentam saja la dalam semak tu....nanti pelan-pelan bersihkan.


Maka selesailah proses penanaman kelapa. Harap-harap lepas ni tak adalah apa-apa masalah mendatang. Bolehlah goyang kaki. Boleh pakai ka konsep 3T ni (Tanam, Tinggal dan Tuai).... Kita tunggu la nanti...

April 1, 2017

Kelapa - Tapak dikenalpasti

Akhirnya ada juga tapak yang mungkin sesuai untuk tanam kelapa ni. Tapi punya la semak macam sarang dinasour. Apa-apa pun kena la bagi  bersih dulu tapak ni, baru la naik semangat sikit. Rasanya macam banyak jugak pakai modal ni, mana nak cekau....... nasib le.


Jangan la jumpa telur dinasour  kat sini


Sawa dan Selar pun kalau dah berumah-tangga kat sini, tolong la pindah


Setelah “confident level” naik sikit,  maka proses pembersihan tapak pun bermula. Mau dekat-dekat sebulan jugak ni baru nak siap.

Proses pembersihan dalam progress, lagi cepat lagi bagos!!


Akhirnya bersih la jugak kawasan tu.... bila nak boleh tanam ni


Sebenarnya tapak yang aku nak tanam ni tak la berapa luas sangat dan kalau nak ikut spesifikasi yang dicadangkan, berapa pokok saja yang boleh tanam.

Spesifikasi yang di cadangkan adalah 8.10m x 8.10m @ lebih kurang 26 kaki x 26 kaki tapi aku tak ikut pun spesifikasi yang dicadangkan  tu sebab luas tapak aku sekangkang anak kera saja.

Apa-apa pun, jika sesiapa yang bercadang untuk menanam kelapa ni atau apa saja tanaman, sebaiknya dapatkanlah maklumat @ nasihat dari orang yang bertauliah dalam bidang ni seperti pegawai Jabatan Pertanian ,Mardi, orang-orang yang telah lama dalam bidang ini atau seumpamanya supaya tidak mendatangkan masalah @ menyesal dikemudian hari.....

March 1, 2017

Kelapa - Pelaburan Menarik

Lebih kurang 2 tahun lepas , secara tak rasmi aku pernah melawat sebuah jabatan pertanian kat tempat aku untuk tengok tanaman mempelam. Mana la tau datang minat nak tanam mempelam ka ataupun boleh makan mempelam free ka.  Tapi malangnya tak ada lagi mempelam yang dah berbuah.


Tapi entah mengapa aku tertarik pada sejenis tanaman yang tak pernah terlintas pun dalam kepala aku selama ini iaitu KELAPA. Kat tempat aku panggil “nyog”....haha


Sebenarnya kat kampong aku pun berlambak pokok kelapa ni, tapi semuanya tinggi-tinggi. Kalau “urgent” nak guna kelapa, pakat-pakat tengok ja la sebab nak kait tak mampu... terlalu tinggi. Nak tunggu luruh sendiri ntah bila.  Rasanya masa aku kecik-kecik dulu pun pokok ni dah tinggi macam ni la jugak.

Tapi pokok kelapa yang aku tengok kat kawasan pertanian tu rendah saja. Pegawai tu kata umur dalam sekitar 3 tahun, dah ada seludang @ bunga dah mula keluar pada sesetengah pokok. Kalau macam ni punya rendah, nak makan “just “ petik ja. Tak susah-susah nak kait bagai....


Ini lah pokok kelapa yang aku tengok tu...

Kalau nak tanam secara komersial ni kena kawasan yang luas sebab aku tengok jarak antara pokok pun agak-agak 25 kaki lebih. Mana nak cari tanah luas camtu. Yang dok ada pun hanya tanah hitam dalam beg tu ja....

Sambil bersembang dengan pegawai tu, baru aku tahu rupanya banyak jenis/ variety kelapa kat  negara kita. Antara yang aku ingat ialah MAWA, MATAG, MYD, MRD dan lain2 lagi (boleh tanya En Google). Selama ini aku ingat sejenis kelapa ja yang ada.

Kawasan tanaman yang luas dengan sistem perparitan/ pengairan

Mengikut kata pegawai tu, spesis kelapa yang aku tengok kat situ adalah dari jenis kelapa Matag. Kononnya ianya adalah jenis hybrid @ benih dihasilkan melalui pendebungaan silang antara Kelapa Tinggi Tagnanam (asal Filipina – sebagai benih jantan) dengan kelapa renek Malaysia samada Malayan Red Dwarf (MRD), Malayan Yellow Dwarf (MYD) atau Malayan Green Dwarf (MGD). Apa kelebihan hasil dari kacukan tadi pun aku tak tahu. Sebenarnya aku pun tak pernah dengar atau tengok pun nama-nama kelapa yang aku sebut tadi (boleh rujuk En Google).

Apa pun aku cuma tertarik dengan harga kelapa sekarang samada kelapa muda @ tua di pasaran yang semakin tinggi. Rasanya tak rugi kalau melabur dalam industri ni. Lepas ni bolehla cari mana-mana tanah kosong untuk tanam kelapa ....

February 1, 2017

IKAN HIASAN - Snakehead

Kali terakhir aku pernah bela ikan lebih kurang 10 tahun dulu, iaitu ikan KETUTU @ Ikan Belontok @ Ikan Hantu @ Marble Goby @ Soon Hock @ nama saintifiknya Oxyeleotris Marmorata dengan tujuan komersial, namun hasilnya amat mengecewakan aku....

Kini lebih kurang 1.5 tahun lepas, member ada bagi sepasang (2 ekor) anak ikan toman. Boleh bela dalam akuarium dan cepat pulak membesar kalau kena gaya makan, katanya.  Apa salahnya mencuba, dengar kata ikan ni ganas, maklum la predator hebat air tawar.

Macam ni la rupa ikan toman tu masa mula aku pelihara ( saiz ~ 4 @ 5 inci). Tak ada corak apa pun, cuma 2 garisan hitam ja - tapi gambar ni aku ambik dalam internet

Sebenarnya aku tak tahu sangat pasal spesis ikan ni (ikan jenis lain pun sama juga aku tak tahu), tapi lepas tanya En Google, rupanya ada berpuluh jenis spesis dari keluarga ikan ni dan yang aku bela ni cuma salah satu darinya. Sedikit profile tentang spesis ni yang En. Google bagi tau:

Nama : Toman Harimau @ Batik (nana ni aku yang bagi...)
Nama Saintifik : Channa Micropeltes
Keluarga : Channidae
Spesis : Red Snakehead @ Giant Snakehead
Kumpulan : Channa
Asal : Asia tenggara
Tingkahlaku : Agresif
Diet: Karnivor
Keadaan Air : Suhu = 72°C - 82°C, PH = 6.0 - 8.
Max. Size: ~ 42”
Minimum Saiz Tangki/ Akuarium : 500 gelen (kalau nak bela dalam tangki/ akuarium)

 *** Khabarnya spesis ini adalah yang paling besar dalam keluarganya



Selepas 6 bulan dalam akuarium, dah mula nampak corak/ belang yang keluar




Kena penyakit apa ntah, berjurai keluar dari ususnya, kekadang benda tu masuk semula dan kekadang terputus mcm tu ja. Panjang ada yang sampai sekaki lebih.... menggerunkan

Aku ada jugak tanya otai ikan, depa kata tu mungkin "tape worm", kena hati-hati. Kecut perut la jugak mana tau masuk dalam badan aku ka...hihi. Kesan pada ikan tu ialah, dia makan macam gajah jugak, tapi tak membesar, makin pucat ja warna dia. Jumpa Vet pun dia kata macam tu jugak...ngeri betoi.  Dr. kata rawat dengan Praziquantel. Dia bagi ubat tablet....... pening aku nak bagi ikan makan macam mana. "Pandai- pandai la hang", dia kata.

Akhirnya jumpa jugak ubat cecair yang masuk dalam akuarium dengan dos dan aturan tertentu. Nama ubat tu "General Cure" - keluaran API. Sampai sekarang dah OK.

Dah segar balik, tengok orang pun macam nak telan ja

Rupanya kalau nak ikan kita sihat, dia kena la hidup dalam persekitaran yang sihat, macam kita la jugak kalau asyik dok sedut udara kotor ja, boleh sesak nafas. Ikan pun camtu la jugak, oleh kerana persekitaran dia ialah air, maka kualiti air perlu lah dijaga. Tambahan pula kalau dalam akuarium, kencing/ berak semua dalam tu. Oleh itu, sesapa yang hobi dia bela ikan, kena la paham sikit pasal "Akuarium Nitrogen Circle" ni. Berkenal-kenalanlah dengan "Nitrobactar" dan "Nitrosomonous".  Mungkin boleh rujuk mana-mana artikel dari En Google.

                                            
Sebenarnya ini lah kualiti air ikan aku sebelum ni (sebenarnya aku pun tak tau benda macam ni sebelum ni haha), Kalau ikan lain dah lama kojol. Nasib baik la spesis Toman ni tahan lasak sikit. Bacaan yang sepatutnya maksima pun lebih kurang 1.0 ja, aku punya bacaan dah lebih dari maksima .


Ikan Haruan -yang ini pun kira saudara dia jugak la

Channa Striatus

Kalau tengok profail dia pun dari keluarga yang sama dengan ikan toman.

Nama : Ikan Haruan
Nama Saintifik : Channa Striatus
Keluarga : Channidae
Kumpulan : Channa

Ikan kat atas tu sebenarnya dah jadi makanan ikan toman. Aku cuba letak dalam akuarium tu kot-kot boleh berkawan maklum la dari satu keluarga. Tak sampai seminit dah lesap dalam perut toman tu...kesian.



Jom tengak aksi toman sarapan


haha... sori, cameraman amator, ternampak ibu jari dan tak tau nak buang

January 1, 2017

2017 - I'm Returned


Rasanya dah terlalu lama aku tak jengok blog aku sendiri, (lebih kurang dah 4 tahun berlalu) apatah lagi nak update. Penuh bersawang sampai aku nak LOGIN dan nak posting pun dah lupa  macam mana....hehe. Nasib baik buku yang aku tulis “PASSWORD” tu masih ada lagi.

Setelah aku gagal dengan projek pisang kat tepi kaki bukit dengan tajuk “Tapak Recycle– Serangan Bermula ” tu, aku terus lupakan pasal tanam-menanam ni. Mau taknya, selepas berhempas pulas berperang dengan babi dan walaupun aku menang, tapi seronoknya tak lama.


Akhirnya sempat la jugak pisang aku berjantung dan berputik. Malangnya, lepas tu datang la pula satu spesis yang kalau ikut teori mengarut Charles Darwin, dia kata depa ni  nenek moyang kita. Rupanya spesis ni lagi ganas dah macam yakjud-makjud pulak.  Habis segala pelepah, jantung, mayang yang baru berputik semua di ganyangya berterabur atas tanah. Ntah dari keluarga monyet @ kera @ beruk @ siamang @ lotong pun aku tak tahu. (Tiada bukti bergambar – sebab time ni la kamera aku rosak, telepon bijak tak ada lagi masa tu).  Hancur luluh semangat aku time ni.....


Sebelum aku membawa diri, sempat la juga aku pesan kat orang kampong tu, kalau hampa nak makan pisang ni, hampa jagalah sendiri. Setandan pisang pun aku tak boleh jual......


Lepas ni, title blog ni "Penternakan, Pertanian  & Akuakultur" juga akan bertukar....kerana blog ni dah tak mengkhususkan pertanian saja. Apa yang terlintas, sebat ja ..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...