Akhirnya
ada juga tapak yang mungkin sesuai untuk tanam kelapa ni. Tapi punya la semak
macam sarang dinasour. Apa-apa pun kena la bagi
bersih dulu tapak ni, baru la naik semangat sikit. Rasanya macam banyak
jugak pakai modal ni, mana nak cekau....... nasib le.
Jangan la jumpa telur dinasour
kat sini
Sawa dan Selar pun kalau dah berumah-tangga kat sini, tolong la pindah
Setelah
“confident level” naik sikit, maka
proses pembersihan tapak pun bermula. Mau dekat-dekat sebulan jugak ni baru nak
siap.
Proses pembersihan dalam progress, lagi cepat lagi bagos!!
Akhirnya bersih la jugak kawasan tu.... bila nak boleh tanam ni
Sebenarnya
tapak yang aku nak tanam ni tak la berapa luas sangat dan kalau nak ikut
spesifikasi yang dicadangkan, berapa pokok saja yang boleh tanam.
Spesifikasi
yang di cadangkan adalah 8.10m x 8.10m @ lebih kurang 26 kaki x 26 kaki tapi
aku tak ikut pun spesifikasi yang dicadangkan tu sebab luas tapak aku sekangkang anak kera
saja.
Apa-apa
pun, jika sesiapa yang bercadang untuk menanam kelapa ni atau apa saja tanaman,
sebaiknya dapatkanlah maklumat @ nasihat dari orang yang bertauliah dalam
bidang ni seperti pegawai Jabatan Pertanian ,Mardi, orang-orang yang telah lama
dalam bidang ini atau seumpamanya supaya tidak mendatangkan masalah @ menyesal
dikemudian hari.....
No comments:
Post a Comment