Pages

January 24, 2008

NAK TANAM CABAI - PT.2


Kini tapak yang dah dibersihkan tu dah naik semak balik, tapi progres apa pun tak mula lagi. Maklum la lepas cuci tapak dulu, hujan turun memanjang, tak sempat nak buat kerja, hehehe…alasan semua. Tapi dlm tempoh tu, sempat jugak kami buat pondok untuk letak peralatan dan attend kursus asas fertigasi. Aku dpt rasakan yg pergerakan projek ni terlalu lambat. Tu yg sesetengah org, depa buat full time terus. ...member aku selalu kata, perkara yang paling susah adalah bila nak memulakan sesuatu... Betul ke?


Lepas bersihkan hutan tu, barulah nampak pemandangan bukit kat belakang. Itulah Bukit Enggang, sekitarnya adalah hutan simpan. Kat kaki bukit tu la kami cari kayu buat pondok ni. Yang hijau tu bukan pokok cabai noo!! Itu anak senduduk yg baru tumbuh lepas musim hujan dulu.

Untuk mencukupkan bajet, kami buat pondok tu semuanya guna kayu hutan berdekatan. 3 – 4 hari jugak masuk hutan cari kayu. Sebenarnya tu hutan simpan, tapi kat situ aja yg ada, belasah je la...hehehe. Atap pun guna zink terpakai. Nasib baik partner aku tu ex-tukang...save!!.

Sebenarnya design pondok tu ada problem sikit. Oleh kerana kami gunakan atap zink, jarak antara atap dgn lantai sepatutnya tinggi. Sebab kalau tengah hari/musim panas, suhu bawah pondok tu jadi panas, so air nutrien dlm tangki akan panas dan boleh menyebabkan salah satu kandungan baja akan hilang (boron). Sekarang kena fikir plak mcm mana nak solve benda nie.


Kedudukan atap zink yang rendah akan menyebabkan suhu di bawahnya menjadi panas.

Dalam tempoh tu, ada jugak peralatan yg dah aku beli secara sikit-sikit sementara nak tunggu infra siap spt. sub-pipe 16mm, tubing 3/4mm, dripper 2LH, 1-way start joiner, dish filter, media corp (1 beg 20kg@80 liter blh semai ± 2000 anak benih) dan tray semaian. Benih pun dah beli , kalau tak silap 568. Risau gak dah simpan lama tapi Bro Ashraf (www.mohdashraf.com) bagi tip, kalau kena cara simpan blh tahan lama. Lega sikit. Lain2 peralatan dan progres tu, coming soon!!...


..................bersambung..........

January 17, 2008

TERNAKAN RUSA

Baru2 ni semasa dlm perjalanan dari Felda Ijok ke Lenggong (dgn kawan), kebetulan kami melalui satu kawasan ternakan rusa oleh Jabatan Ternakan Haiwan Lenggong. Oleh kerana waktu rehat (tgh hari Jumaat), kami cuma di benarkan melawat sekitar kawasan hadapan sahaja. Jika tidak, mungkin kami boleh tengok tempat pembiakan rusa dan masuk ke kawasan ragut bebas.


Rusa yang dilepaskan meragut dalam pagar berpetak. Kelihatan daun pokok Acasia, tak pasti pulak untuk makanan rusa atau apa tapi rumput Napier pun ada

Menurut staff yg sempat aku tanya, kalau nak ternak rusa ni, boleh mohon kepada Jabatan Ternakan Haiwan Perak. Tapi kena kursus la dulu. Bila dah di luluskan oleh jabatan, baru lah boleh ternak sebab mungkin kos induknya mahal.

Kalau lihat betul2 kat atas bukit tu (kamera aku tadak zoom), kelihatan rusa sedang meragut bebas. Kawasan ragut yg luas tu kalau tak silap depa tanam dgn rumput Guinea.

Sempat la jugak aku beli daging rusa fresh kat situ. Sebelum ni tak pernah merasa lagi. Tapi harganya ...fuyyooooo..lebih mahal dari lembu/kambing. Maklum la rusa.....hehe. Tapi rasanya sedap woooo....

January 6, 2008

NAK TANAM CABAI - PT.1


Suatu ketika dulu, semasa ikut member pergi tempat kerja dia, kami ter nampak orang dok susun polibeg putih mcm nak semai anak pokok. Siap dengan politank, pam & piping. Setelah diselidik, rupanya depa nak tanam cabai. ‘Sistem Fertigasi’ kata depa. Mcm pernah tengok masa aku cuti2 Malaysia kat Cameron Highland dulu. Pasal aku bkn org pertanian, jadi aku tak perasan sangat benda2 ni semua. Sekali fikir tengok, ok jugak mcm ni pasal blh guna ruang kecil, pengairan & pembajaan sistematik. ‘Maintenance’ pun nampak mcm tak byk kerja. Tapi itu pandangan aku la, kalau ‘in real’ mungkin berbeza kot. Ntah lah….


Mardi Agrotek, Cameron Highland- Masa tu tak tau pulak nama sistem tu Fertigasi. Kalau tidak dah lama aku buat. Budak kecik kat sebelah tu la HERO aku.
Semasa balik kampong, jumpa member sambil borak-borak kat pondok RELA kampung aku. Kebetulan isu cabai polibeg ni keluar dan dia pun pernah tgk gak, apa lagi sakan la kami borak sampai org lain dah tido (ahli RELA yang sepatutnya kena ‘jaga’ pun tido jugak-kena report kat BOSS ni..) tapi isu cabai kami tak habis2 lagi. “Mcm mana kalau kita cuba try?” tiba2 terpacul ayat dari mulut aku , “boleh juga, tapi mana reti tanam2 cabai nie..” respond baguih bercampur risau. Aku kata tak reti blh belajar, tapi kalau malas tak blh buat apa la. Kata sepakat di capai, “KAMI NAK BUAT’, maka proses pertama kena cari kawasan yang sesuai dulu. Kena dekat dgn sumber air & elektrik.


Bunga pun depa tanam guna Sistem Fertigasi jugak

Esoknya, aku pun merayau la suvey tanah ( last day kat kampung, aku balik pun 1 – 2 minggu sekali-wekend). Ada la 2-3 tempat . Ada yg dekat rumah & dekat punca api/air , tapi saiz kecik lak, tak padan dgn projek kami yg besar..hehehe. Yang saiz besar jauh lak dari rumah, susah maintenance lak. Lastly jumpa tempat yg agak sesuai, namun yg sedihnya mcm belukar, penoh dgn pokok2 besar & semak samun ( kena keluar modal lebih ni). Apa blh buat, itu saja yang ada. Tapi api/air kena “kawtim” dgn rumah terdekat la. Harap2 dia bagi kot. Member aku tak joint , pi motong getah la...apa lagi.



Ini la rupanya tapak yang kami pilih. Nak bersihkan semak-samun ni yang naik semak kepala tu...

Sebenarnya member aku ni buat keja kampong, motong getah, tanam padi, tukang rumah pun boleh gak. Kira ada la basic tanam-menanam ni. Aku sepatah haram tak tau langsung benda2 ni walaupun aku dari kampung yang sama...hahaha. Tapi kalau teori fertigasi dia ternganga la, tak boleh lawan aku (teori saja la..). Setelah setuju dgn tempat yg di pilih, proses seterusnya adalah utk menukarkan belukar tu menjadi kawasan lapang.


Tanah ni dah dekat 10 tahun terbiar, walaupun ada beberapa pokok rambutan, durian dan cempedak. Tak pernah di bersihkan.

Apa lagi, pulun la cari org yang ada “Cari Makan” – kata orang Kedah (sebenarnya traktor tolak tanah yg ada tulis JCB tu). Kebetulan ‘JCB’ tu dok buat projek besarkan jalan dekat dengan tapak projek kami. Tapi kena tunggu waktu depa ‘free’ la. Sebulan lebih jugak dok tunggu depa ‘free’. ‘La ni musim hujan, mana boleh buat kerja’, kata drebar tu. Aku ‘push’ dia buat jugak, apsal hujan tak boleh buat, lagi pun traktor tu ada bumbong apa. 

Dlm hati, aku ingat drebar tu pemalas. Lagi pun aku yg nak bagi duit kat dia, bukan nak ambik duit dia. “Ini bukan masalah bumbong ada ke tak!! Kalau hujan, tanah jadi lembut, kalau buat jugak kena ambik masa, kalau hang nak jugak, aku boleh buat, dalam ribut pun tak pa, aku dpt duit, hang la yang rugi, kerja yg boleh siap 1 hari jadi 3 hari (upah pun 3 hari la). Mau ka tak?..”drebar tu bagi pukulan maut. “Tak pa la bang, tunggu kemarau sikit., kalau masa sesuai abang call kami la”..kata kami penuh insaf.

...............bersambung..........

January 1, 2008

PASAR SITI KHADIJAH

Minggu ke-2 December 07 baru2 ni, aku ada trip Cuti2 Malaysia ke Kelantan. Ingatkan nak ronda2 kat sana la tgk2 apa yang menarik di sana. Last aku ke sana masa lepas zaman sekolah menengah dulu, dah lupa semua.

Rupanya kami dah silap musim. Patut la masa sarapan kat Jeli, makcik kedai tu senyum memanjang bila kami kata nak bercuti & lawat tempat kat sini. Rupanya dah ada tempat2 yg air dah naik kat sana.

Rantau Panjang..PCB…semua jalan dah tutup. Akhirnya pusing dlm pekan saja, itu pun dah ada jalan yg banjir. Walaupun tak boleh lawat tempat2 menarik kat sini, aku tertarik dengan ‘Pasar Siti Khadijah’.


Kat Sini Pun Dah 10 Gerai Yang Menjual Keluaran Pertanian Sahaja

Aku rasa bangunan tu 4 tingkat (maaf kalau tak betul), tapi aku tertarik dgn ‘ground floor’ dia. Kat situ penuh dengan hasil pertanian samada ternakan, pertanian & akuakultur ni. Macam-macam adaaa.. Seolah2 semua hasil asas tani di bawa ke situ. Mcm tempat pengumpulan lak.

Tak silap aku ada 6-7 gerai jual daging kata situ saja. Tak termasuk lagi gerai ikan, sayuran & buah2 an. Penuh kat dalam & luar bangungan tu. Dah la jumlah gerai banyak, boleh di katakan hampir 95% dari gerai tu menjual barangan yang hampir sama. Aku tak tahu samada semua barangan tu habis di jual ( setahu aku product sayuran tak bertahan lama) bila hari berakhir kerana setiap hari proses yang sama berlaku.

Aku rasa semua hasil pertanian tu bukan di target kan utk orang luar kerana bukan setiap hari pelancung akan datang ke situ dengan jumlah yang banyak. Kalau untuk pasaran penduduk Kota Bahru, rasa mcm byk sangat. Tak kan tadak kedai2 runcit kat kampung2 yg jual barangan yang sama. Mungkin ada orang dari ‘Serambi Mekah’ boleh ulas kot perkara ni.

.....apa pun, aku kagum dengan peranan yang di mainkan Pasar tersebut.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...