Baru2 ni semasa dlm perjalanan dari Felda Ijok ke Lenggong (dgn kawan), kebetulan kami melalui satu kawasan ternakan rusa oleh Jabatan Ternakan Haiwan Lenggong. Oleh kerana waktu rehat (tgh hari Jumaat), kami cuma di benarkan melawat sekitar kawasan hadapan sahaja. Jika tidak, mungkin kami boleh tengok tempat pembiakan rusa dan masuk ke kawasan ragut bebas.
Rusa yang dilepaskan meragut dalam pagar berpetak.
Kelihatan daun pokok Acasia, tak pasti pulak untuk makanan rusa atau apa tapi
rumput Napier pun ada
Menurut staff yg sempat aku tanya, kalau nak ternak rusa ni, boleh mohon kepada Jabatan Ternakan Haiwan Perak. Tapi kena kursus la dulu. Bila dah di luluskan oleh jabatan, baru lah boleh ternak sebab mungkin kos induknya mahal.
Kalau lihat betul2 kat atas bukit tu (kamera aku tadak zoom), kelihatan rusa sedang meragut bebas. Kawasan ragut yg luas tu kalau tak silap depa tanam dgn rumput Guinea.
Sempat la jugak aku beli daging rusa fresh kat situ. Sebelum ni tak pernah merasa lagi. Tapi harganya ...fuyyooooo..lebih mahal dari lembu/kambing. Maklum la rusa.....hehe. Tapi rasanya sedap woooo....
No comments:
Post a Comment