Pages

January 15, 2010

PISANG MAS - Penat Lelah Berbaloi


Selepas hampir lebih kurang 6 bulan lebih, usaha selama ni dah mula nampak berhasil walaupun tak la seberapa. Rupanya pisang boleh hidup jugak atas tanah macam ni, tapi kena usaha lebih sikit.


Buah Yang Dah Keluar....Pendek-Pendek Saja


Antara Jantong Yang Mula Keluar

Tapi jantung dan buah yang keluar pendek-pendek saja, ada la dalam 4 hingga 6 sikat. Buah pula kemetot ja. Tak tau la pulak aku memang ini standard pisang mas atau pisang aku ja yang jadi camni…..hehe.

Buah Berjuntai Di Tepi Pagar Sekolah. Aku Yakin Murid-Murid Telah Di Ajar Subjek Sivik

Akan Di Kendurikan Tak Lama Lagi


Dulu orang pernah kata ‘ Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup, Tapi Tak Gemok La ‘. Macam pisang aku jugak, buah dia kecik ja pasal hidup atas batu ler tu.

Gambar Terkini Pokok Pisang Mas

Untuk makluman, sebenarnya aku guna lebihan baja padi. Baja Campuran sebagai baja pokok manakala Baja Compaun sebagai baja buah. Yer la mana ada duit nak beli baja mahai-mahai . Nak guna baja tinja ayam or lembu….nanti semua murid-murid sekolah dan tenduduk taman tu serang aku.

Sedikit Maklumat Tentang Pisang Mas
Berat setandan adalah sederhana iaitu lebih kurang 12 Kg , mempunyai 5 - 8 sisir setandan dan 14 - 18 jejari setiap sisir. Tempoh keluar jantong adalah lebih kurang 6 bulan manakala peringkat buah matang (Boleh Tuai) adalah 8 bulan.

6 comments:

saad said...

cayalah bang!

nasirsik said...

hehe....caya apa..letih la. aku kerja dgn hg la saad

isha said...

salam..sy isha,nak buat lawatan ke ladang encik boleh?

isha said...

kalau boleh email sy ke norisha.abgafur786@gmil.com
tau 017-6339705

isha said...

oh yeke..emm en tahu tak mana2 ladang yg sesui tuk sy lawat? Kami dari lab tisu kultur pisang.

nasirsik said...

Isha...akan di usahakan. Tp kaw. utara. Klau ada maklumat, sy akan email kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...