Layu Panama - adalah satu nama yg amat di bimbangi oleh penanam pisang. Penyakit yang di sebabkan oleh kulat Fusarium Oxysporium f. sp. cubense ras ini kebiasaannya menyerang melalui akar dan seterusnya saluran sistem pemakanan terutama bahagian umbisi dan menyebabkan terganggunya pengaliran air dan zat makanan.
Macam pokok lain la jugak, kalau cili dengan layu-bakteria nya dan kerbau-lembu dengan penyakit kuku – mulut nya. Kalau pada manusia ni di kira macam penyakit AIDS atau Kanser la. Setakat hari ni khabar nya belum jumpa penawar lagi kot. Jadi kalau dah kena penyakit kat atas tu, kira “Marked It For Delete “ la.
Sebenarnya aku bukan tahu sangat pasal penyakit ni, tapi baru2-baru ni perubahan ketara telah dapat di kesan pada pokok pisang aku ni. Setelah comfirm kan simptom2 nya dengan member serta dapat “advise” dari Bro Ashraf maka, pokok tersebut terpaksa di talkin kan bagi menyelamat kan yang lain.
Ini lah simptom awal yang aku nampak, ketika daun pokok yang lain kehijauan, pokok ini pulak warna oren kekuningan serta mcm terbakar. Pucuk pulak mejulur kecik ja pastu kering.
Batang pulak pecah/merekah serta kehitaman dan berair
Pangkal pokok kelihatan pecah macam terbakar
Pucuk yang keluar kelihatan kecil dan berserabut dan akhirnya menjadi layu. Kalau pucuk tak membesar, macam mana pokok nak membesar.
Setelah di potong rentas, kelihatan jalur-jalur perang berpusar pada batang
Apabila di belah batang dan umbisi nya, kelihatan seperti melecur dengan warna keperangan. Bahagian bawah umbisi berwarna perang kekuningan dan agak berbau masam. Mungkin serangan belum di peringkat yang teruk.
Tapak pisang yang di korek tadi di timbus semula dengan di tabur dengan GML (kapur). Sebenarnya tadak siapa pun yang advise buat camni, sebab dengar khabarnya penyakit ni boleh berjangkit melalui tanah/akar. So aku belasah je la dengan apa yang ada. Harap-harap ianya tak merebak kot…(Insya Allah)
Ini pun satu lagi masalah. Ada jugak 2-3 pokok jadi camni. Asal keluar pucuk ja, jadi kerinting. Sekali pandang macam pokok abaka saja.
Aku penah jugak korek, ada la jugak jumpa sejenis ulat dalam tanah tu. Kat tempat aku di panggil “ulat kekek”. Ulat ni sebenarnya larva sejenis kumbang yang bertelur dalam tanah. Boleh di guna sebagai umpan memancing baung. Betul ke tidak simptom ni di sebabkan oleh makhluk tu aku pun tak pasti.
Ini lah panorama dalam kebun pisang aku, nampak semak la sikit. Biasa la.....rumpai ni tumbuh cepat sangat bila musim hujan . tak sempat nak kawal.....malas pun ada jugak hehe
Kelihatan anak pokok getah pun cepat juga pertumbuhan nya. Tak tau la aku samada dia dah sapu baja pisang atau berlumba untuk dapat kan cahaya. Macam enau dalam belukar..........
Oleh itu di haraplah sesangat pada expert-expert yang kat luar sana tu boleh la advise/ share experience dengan masalah yang aku hadapi nie...Mungkin ada member2 yang pernah lalui problem macam ni.
10 comments:
Waaahhhhh..dah besaq panjang pokok pisang saudara nieee...
Trimakasih..Macam tu le adanye
bravo sahabat..
teruskan usaha..
den masalah babi..
dah 3 bulan tanam pokok tak tentu halo..ado yang 2 kali keno seranc pun ado..
Thx Don Balun...Masalah Babi ni mmg pening, aku dah kena masa nak tanam cili dulu, last2 aku stop mcm tu ja..
sdr. macamna nak cari pekerja kebun saya ada gak kebun kecil takde org. jaga boleh dapat budak indon tak? Lombok...kalau ada call 0199883675.mat.
Tuan Anonymous, kalau tuan nak pekerja ladang cuba jengok kat sini; http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=13148&page=3
Kat situ diorang bnyk bicang pasal pekerja ladang. Masalah org Indon, Thai, bayaran dan mcm2 lagi. Cara2 nak ambik pun ada. Blg bincang dgn mereka. Saya tak pakai pekerja sbb ladang kecik ajer..Harap Membantu
salam. ada no tipon tak????
Tuan, boleh email saya di : nasirsik@yahoo.com
Saya Faizal. Menarik tgk kebun pisang saudara. Nak tanya samada saudara boleh jual kepada saya sulur pisang tersebut
Faizal : Salam...Sulur pisang saya tak byk. Sepokok sy simpan 1 saja. Pastu ada nak expand sikit kat kaw baru. Kalau tuan nak benih boleh tgk dalam forum: www.bicarajutawan.com dlm title pisang. Kat sana bayak pilihan.
Post a Comment