Pages

December 29, 2008

KURSUS KAMBING


Baru-baru ini aku telah menghadiri kursus asas penternakan kambing. Dapat la sedikit-sebanyak aku tahu apa yang seseorang penternak perlu ada @ tahu sebelum memulakan industri ini. Sebelum ini aku cuma tahu 2 perkara saja tentang kambing iaitu :

1) Dapat membezakan kambing dengan binatang ternakan yang lain
2) Makan daging kambing yang dah di jadikan lauk……hehehe.

Rupa2nya banyak juga yang kita perlu ambil kira ( untuk jadi usahawan ternakan kambing ni ) sebelum memulakan ternakan ini bermula dari konsep untuk tujuan apa kita mahu menternak kambing, pembinaan kandang , penjagaan penyakit, pengurusan makanan, jenis/baka, produk hiliran dan macam2 lagi… 

Sebelum ni aku ingat semudah ABC ja…( cari/beli kambing….ternak 1-2 hari pastu jual kat sesapa nak beli..). Jadi kena la fikir semasak-masaknya sebelum memasuki industri ni, kecuali la untuk hobi saja. Tapi yang penting bagi aku, boleh ka nak ‘market’ kan produk tu.

Ini lah antara beberapa perkara asas yang aku sempat ikut…..

Ini bukan kaedah menyelamat 'mouth to mouth' tu, tapi dok cari berapa umur kambing nie. Kaedah tengok gigi.


Kalau dah ternak tu, kena la pandai timbang lak. Nanti tak tau nak letak harga pulak. Cam tu la cara nye.

Memberi ubat cacing dengan cara suntikan. Mula2 ngeri la jugak, mana la pernah dok main jarum sebelm ni

Memberi ubat cacing secara oral. Yang ni confident la sikit..hehe

Menggunting kuku kambing. Pun ngeri jugak, tak tau nak budget kat mana nak kena potong. Takut over-cut 

Hehe..kat bab ni paling best. Lepas perah ja, boleh minum terus...fresh lagi, free pulak tu.

Merawat pusat anak kambing

Praktikal yang ni, boleh tengok aja la. Kalau nak buat real punya pun boleh, tapi kena la beli dulu se-ekor, pastu belasah je sembelih.....hehe. 


Kaedah melapah. Ni nak buat kambing golek (panggang)

Kaedah mengadun makanan antara hampas soya, rumput dan EM-Active Solution. Pilih la mana yang murah tu letak banyak sikit

Selain tu ada juga produk hiliran lain iaitu membuat baja kompos dari tinja kambing ni. 'Silibus' ni berat sikt la pasal kena angkut tinja kambing dari bawah kandang. Pastu campur la dengan bahan-bahan nak buat baja.

Kaedah membuat baja dengan mengadunkan tinja kambing dengan abu, kapur, stardec dan bahan-bahan keperluannya yang lain.....hehe 


Ni cara camna nak tanam napier, korek2 skit, rentang je atas tanah tu, pastu timbus je. Kalau malas la.


Cara ni pulak, kalau rajin, potong ikut ruas mata tunas,pastu tanam terus kat tanah. Ini kalau rajin sikit la.

Secara keseluruhan nya aku rasa amat berbaloi aku attend kursus nie. Mana tau satu hari nanti aku boleh jadi usahawan kambing ker....hehe

November 26, 2008

PISANG DI LADANG - PT.2


Setelah lebih kurang 3 bulan di ubah ke ladang, ini lah hasilnya. Kalau tengok betul-betul, pokok-pokok ni nampak macam bukit. Maklum la aku ambik masa sebulan untuk tanam dari pokok pertama hingga yang terakhir padahal pokok tak banyak mana pun. 

Padan la aku buat kerja pun 2 kali ja seminggu, pastu masuk bulan puasa lak. Kerja tengah panas ni dok nampak air saja…hehe. Untuk dapatkan pokok yang sekata hendaklah di habiskan tanam secepat yang mungkin.

Ini la rupanya selepas lebih kurang 3 bulan di ubah


Sebenarnya pisang ni aku integrated dengan getah. Di antara baris pisang tu la getah di tanam.

Orang kata kalau nak tau pokok pisang cukup baja ke tidak, tengok je pucuk gulung yang baru keluar. Kalau panjang macam kat atas tu kira ok le tu. Tapi kalau yang keluar tu kemetot je, pandai-pandai le tambah baja sebab daun nya pun kemetot ler. Ntah betul ke tidak aku pun tak tau.


Ulat Gulung - inilah musuh pertama yang menyerang. Aku sembur racun pun tak jalan, maklum la member lepak dalam selimut. Lastly aku kutip satu-satu dan lenyek dia. Nasib baik la pokok rendah lagi. Klau tinggi aku tengok saja la.

Anak yang keluar ni pun selalu la kena buang, nanti dia lawan bapak dia pulak.

.....Otai pisang, bagi la ilmu sikit camna nak bagi buah nye besar dan lebat.

September 27, 2008

PISANG DI LADANG - PT.1

Setelah hampir 2 bulan dalam semaian, kini anak-anak pisang dah di ubah ke ladang. Lepas ni kena lah dia berdikari lebih sikit hehe..

Ini la rupa selepas sebulan di pindahkan ke ladang


Sekali pandang tak nampak pun pokok pisang tu. Macam rumput ja

Harap-harap tak banyak kerenah kot tanaman pisang ni.

August 26, 2008

ANAK PISANG

Sekarang ni aku tengah dalam progress nak tanam pisang. Kebetulan kebun getah kat kampong aku dah di tebang utk tanam semula, so blh la aku integrate pisang dgn getah. Sekarang ni anak pisang tu masih dalam semaian lagi. Masih kecil lagi untuk di tanam.


Ini la rupa anak pisang yang berumur 3 minggu dalam semaian

Nak jaga anak pisang ni susah jugak, maklumlah masih kecil lagi. Siram pun kena 2-3 kali sehari atau pastikan tanah sentiasa lembab. Pastu kena jaga pulak serangan belalang, ulat, siput dan macam2 lagi. Maklum la pucuk muda, semua suka. Tapi kena bersabar la dengan semua tu.

Anak Pisang Yang Sihat, Nampak Macam Rumput Je..

Ada juga pokok yang 'kantoi'. Namun begitu asalkan ada pucuk baru yang tumbuh, anak pokok tu dah kira boleh 'survive'

Mungkin dlm sebulan ++ boleh la masuk ladang. Lg pun pancang & lubang pun blm 100% siap lagi.
….pada sesapa yang pernah tanam pisang sebelum ni, harap2 blh le perturunkan sikit ilmu pisang tuan2 kat saya nie…hehe

July 28, 2008

TIMUN JIRAN AKU


Setelah beberapa kali aku dok bagi cili yang aku tanam kat jiran aku ni, dia pun naik semangat nak tanam jugak. Memandangkan kerja dia ni balik tak tentu masa, kekadang malam, tengah malam dan ada jugak pagi2 buta, maka aku syorkan dia tanam timun ja. Sesuai la dengan masa yang dia ada.

Ini la rupa timun jiran aku tu. Guna bekas minyak masak 5 kg sebagai bekas tanaman.

Timun perlukan air yang banyak bila mula berputik supaya buahnya membesar dengan elok. Kekurangan air menyebabkan pembesaran buah terencat. Tapi kawasan jiran aku tanam timun ni dah jadi tempat kucing bermain pulak. Setiap hari ada la ‘dripper’ yang tercabut di sepak dek kucing, maka layu la pokok yang tak dapat air tu.
Buah yang mendapat air/nutrien yang cukup



Ni la rupa buah yang kekadang dapat air, kekadang tidak. Macam perut dia lak.

Walau bagaimana pun, jiran aku ni kira berjaya la jugak sebab setiap 2-3 hari aku dapat la 2 biji timun ‘free’…..hehe.

June 28, 2008

ADA JUGA HASIL


Setelah menunggu hampir 2 bulan lebih dan terok di kerintingkan serta di serang hendap oleh musuh2 nya, ini lah saja sisa2 yang tinggal. Dapat la jugak aku tengok hasil dia walau pun dah tinggal sikit dan juga tak macam yang orang lain.

Harap2 buah ni dapat stay kat pokok ni sampai masak le. Sebab banyak jugak yang luruh, mungkin kerap sangat hujan kot.

Buah-buah yang baru nak membesar


Penyakit ni la yang banyak serang pokok aku, bila daun/pucuk dah jadi kerinting camni semua bunga luruh habis so jangan harap le nak jadi buah...


Nak jadi petani ni kena banyak bersabar rupanya….

May 26, 2008

KENA PENYAKIT APA?

......lepas daun lecur dulu dah pulih, datang lagi satu dugaan. Perkara ni berlaku setelah masuk minggu ke-3 di ubah iaitu bila dekat nak bercabang. Sebelum tu daun dia ok jer. Lepas tu daun dan pucuk yang baru tumbuh mula merekot ke atas dan ada sikit kekuningan. Lebih 50% jadi camtu, pastu nampak macam makin banyak. Kalau berjangkit habis la pokok ni. Dah la tanam sikit ja.


Daun jadi berketak2 dengan sedikit kekuningan

Kalau tengok betul2, keadaan pokok yang kena tu hampir sama saja bentuknya, daun merekot ke atas.

Aku tanya member yang pernah tanam cabai sebelum ni, dia kata 2 kemungkinan. Samada tak cukup nutrein (baja/air) atau kena virus, kemungkinan dari benih. Aku nak monitor dalam seminggu lagi selepas tambah nutrein. Kalau tadak perubahan, dia cakap mungkin kena buang semua dan semai benih lain ler.


Aku periksa setiap pokok yang daun jadi camtu atas/bawah, tak nampak pun kehadiran sebarang serangga. Lagi pun baru je racun

Pokok baru nak keluar cabang dan berbunga, kena serang hendap lak. Semua benih ni jenis 568


Terubat la jugak hati aku bila tengok buah timun nie.

Sebenarnya apa yang berlaku pada pokok cabai aku nie.. Komen sikit sesiapa yang tahu/pakar.

May 12, 2008

OTAI CABAI - Minta Pandangan! !

Aku ada la tanam sikit cabai kat depan rumah selepas plan awal aku ( Nak Tanam Cabai....) tu tertangguh. Tapi entah kenapa daun dia macam terbakar lak. Dari dalam tray lagi dah nampak benda ni. Semai dalam holland-peat, lepas 2 minggu siram baja bersukatan 1.2 ec. Lepas 2 minggu, kesan lecur mula nampak.

Kesan bermula pada hujung daun, kemudian ke bahagian tepi daun.

Lepas 3-4 hari ubah, kesan nampak makin ketara.

Semua daun lama kena, harap2 pucuk yang baru tumbuh selamat la. Kalau tidak....hehe


Jadi nak tanya la otai2 cabai kat luar sana , pasai pa jadi camni.

April 27, 2008

BICARA TANI

Baru2 ni aku ada attend seminar Bicara Tani yang diadakan di hotel kat tempat aku. Ramai juga yang datang, dlm kira2 aku ada kot dekat 200 lebih. Dalam pemerhatian aku golongan muda mendominasi 90% peserta. Tak tau pulak kalau2 terikut2 trend PRU12 baru2 ni.


Aku rasa terdapat 2 golongan peserta di sini, iaitu yang sedang & telah menceburi bidang asas tani dan satu lagi masih dok cari hala tuju @ sekadar tambah pengetahuan. Bagi aku, progran ini amat bagus untuk sesiapa yang baru bercita2 nak menceburi bidang Industri Asas Tani (IAT) ni. Sekurang2 nya tahu apa yang ada dan boleh di gapai dalam industi ini.

Ahli2 panel pulak terdiri dari pegawai2 pertanian negeri/daerah di mana program tersebut diadakan.seperti MARDI, FAMA, LPP dan Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) Sumber kewangan pula dari pegawai Bank Pertanian daerah yang telah bertukar nama ke Agro Bank...(kena pinjam le tu). Ada le skim2 insentif yang di sediakan pada yang layak.

Bagi sektor ternakan, berdasarkan statistik data 2006, pengeluaran daging kambing cuma 0.4% manakala lembu 7.0% sedangkan permintaan adalah tinggi. Peluang cerah le sapa2 yang buat dengan skala besar.

Bagi sumber kewangan pulak, macam2 skim dan pinjaman ada dari Agrobank, tapi tak tau ler senang ke susah nak dapat. Boleh cuba dulu…..
Nak tau lebih lanjut, masuk ler kat sini: http://www.bicaratani.com.my

March 30, 2008

NAK TANAM CABAI - PT.4

...Mungkin Kena Tangguh Dulu Kot....

Kalau ikut scedule asal aku, progress ni dah lama siap. Dah boleh tengok anak cabai kat polibag tu. Tapi kerana ada beberapa perkara yang aku sendiri tak reti nak elak, maka sampai sekarang tak siap2 lagi.

Masalah pagar, aku baru ja mampu dapatkan kawat duri dengan pukat aja…tiang pagar?..bila nak buat?.....Ntah. Kebetulan partner aku tak boleh nak bagi komitmen lak, kemungkinan tarik diri kerana ada hal yang dia sendiri tak mampu nak elak. Aduss…

Saja aku tak buat piping dan pasang silvershine lagi walaupun peralatan dah ready sebab banyak benda lain yang masih kantoi.

Pasal air dan api, dah lama ‘kow-team’ dgn jiran sebelah. Aku guna pam untuk ambil air dari telaga dia ke pondok aku lebih kurang 80 kaki. Tapi bila aku ON kan pump 1.0 HP tak sampai 7 minit, kering telaga tu. Kena tunggu setengah jam lagi baru boleh pam kan air tu balik. Kalau camni punya cara, 5 jam baru boleh penuh tangki 600 gelen aku.

Dulu dia cakap telaga tu memang tak pernah kering seumur hidup dia. Tapi dah lama tak guna pasal dok guna air paip, jadi telaga tu tak terjaga la. Masa telaga tu kering, aku tengok macam2 dok ada dalam tu dengan buah ‘nyiog’, ranting & daun2 kayu, ntah2 kura-kura pon ada kot. Benda2 ni yang sebabkan lubang ‘mata air’ nya mungkin tersumbat.Mungkin ada bebudak yang buangkan benda2 tu dalam telaga. Dia kata kalau nak bagi mata air tu kuat balik, kena ‘lanyau’. ‘Lanyau’ ni dalam bahasa Kedah bersihkan segala benda asing dlm telaga tu, keluarkan ‘selut’ (lumpur) yang ada dan tambah sikit kedalaman dia. Huh....senangnya cakap, sapa nak buat nie?


Kalau camni lama-lama, rumput pun boleh tinggi lagi dari polibag. Tapi nak buat camna...

Akhirnya aku decide nak rilek dulu, tenangkan fikiran. Mungkin tangguh dulu kot. Tapi keinginan nak tengok tanaman guna system fertigasi yang aku buat sendiri masih kuat lagi. Mungkin aku akan set-up yang mini kat laman rumah orang tua aku kot tapi dengan skala yang cukup kecik dari plan asal aku. Bukan apa..sebab aku dah letih la…

….aku pun tak tau ada sambungan lagi ke tak……

February 18, 2008

NAK TANAM CABAI - PT. 3

Kami Hanya Mampu Merancang.......

Baru2 ni semasa dok ukur tapak utk buat layout piping, ternampak satu perkara yg amat memeningkan kepala.....tapak kaki khinzer (babi).... Walaupun kami tak nampak binatang tu, tapi dari kesan tapak kaki, aku tahu ia dalam kumpulan yang banyak (siap bawak anak-bini nih). 


Masalah besar. Sebelum pilih tapak ni, dah survey tadak org kampung yg ternak lembu/kambing so tak perlu pagar, tak pernah lak depa sebut pasal binatang nie.. Sekarang ni depa suggest buat pagar berpukat pulak......he..he..he.. mana ada budget utk pagar.....haru-haru.

Tapak ni dah lama dok tunggu polibag, tapi.... Rumput pun dah mula tunjuk bakat. Pagar?...macam di kata la.

Kami bercadang nak pulun abih la buat benda ni semasa Raya Cina sebab cuti panjang sikit. Semua pesanan peralatan ( tangki baja, polypipe dll. termasuk sekam sepatutnya sampai sebelum raya. Tapi 4 hari sebelum Raya Cina bermula, ntah apa sebab yang tak dapat di elakkan, depa kata tak dpt nak deliver semua barang2 tu dlm masa yg aku nak, 1 – 2 minggu lepas Raya Cina baru dapat. Haaahhh..abih cuti ni aku nak buat apa?.......

Sekam ni sebenarnya campuran sekam bakar + sekam tak bakar dengan nisbah 4 : 1 . Sekam ni pun sampai seminggu lepas raya Cina....

Apai pernah tulis kat aku “Seribu Batu Perjalanan Bermula Dengan Langkah Pertama ” tapi aku baru atur langkah pertama dah beribu dugaan sampai....Hehe camna ni Apai. Baru aku tau bukan senang nak memulakan sesuatu.....lambat lagi la nak siap nih....... Sabooorr!! ..........bersambung.............

January 24, 2008

NAK TANAM CABAI - PT.2


Kini tapak yang dah dibersihkan tu dah naik semak balik, tapi progres apa pun tak mula lagi. Maklum la lepas cuci tapak dulu, hujan turun memanjang, tak sempat nak buat kerja, hehehe…alasan semua. Tapi dlm tempoh tu, sempat jugak kami buat pondok untuk letak peralatan dan attend kursus asas fertigasi. Aku dpt rasakan yg pergerakan projek ni terlalu lambat. Tu yg sesetengah org, depa buat full time terus. ...member aku selalu kata, perkara yang paling susah adalah bila nak memulakan sesuatu... Betul ke?


Lepas bersihkan hutan tu, barulah nampak pemandangan bukit kat belakang. Itulah Bukit Enggang, sekitarnya adalah hutan simpan. Kat kaki bukit tu la kami cari kayu buat pondok ni. Yang hijau tu bukan pokok cabai noo!! Itu anak senduduk yg baru tumbuh lepas musim hujan dulu.

Untuk mencukupkan bajet, kami buat pondok tu semuanya guna kayu hutan berdekatan. 3 – 4 hari jugak masuk hutan cari kayu. Sebenarnya tu hutan simpan, tapi kat situ aja yg ada, belasah je la...hehehe. Atap pun guna zink terpakai. Nasib baik partner aku tu ex-tukang...save!!.

Sebenarnya design pondok tu ada problem sikit. Oleh kerana kami gunakan atap zink, jarak antara atap dgn lantai sepatutnya tinggi. Sebab kalau tengah hari/musim panas, suhu bawah pondok tu jadi panas, so air nutrien dlm tangki akan panas dan boleh menyebabkan salah satu kandungan baja akan hilang (boron). Sekarang kena fikir plak mcm mana nak solve benda nie.


Kedudukan atap zink yang rendah akan menyebabkan suhu di bawahnya menjadi panas.

Dalam tempoh tu, ada jugak peralatan yg dah aku beli secara sikit-sikit sementara nak tunggu infra siap spt. sub-pipe 16mm, tubing 3/4mm, dripper 2LH, 1-way start joiner, dish filter, media corp (1 beg 20kg@80 liter blh semai ± 2000 anak benih) dan tray semaian. Benih pun dah beli , kalau tak silap 568. Risau gak dah simpan lama tapi Bro Ashraf (www.mohdashraf.com) bagi tip, kalau kena cara simpan blh tahan lama. Lega sikit. Lain2 peralatan dan progres tu, coming soon!!...


..................bersambung..........

January 17, 2008

TERNAKAN RUSA

Baru2 ni semasa dlm perjalanan dari Felda Ijok ke Lenggong (dgn kawan), kebetulan kami melalui satu kawasan ternakan rusa oleh Jabatan Ternakan Haiwan Lenggong. Oleh kerana waktu rehat (tgh hari Jumaat), kami cuma di benarkan melawat sekitar kawasan hadapan sahaja. Jika tidak, mungkin kami boleh tengok tempat pembiakan rusa dan masuk ke kawasan ragut bebas.


Rusa yang dilepaskan meragut dalam pagar berpetak. Kelihatan daun pokok Acasia, tak pasti pulak untuk makanan rusa atau apa tapi rumput Napier pun ada

Menurut staff yg sempat aku tanya, kalau nak ternak rusa ni, boleh mohon kepada Jabatan Ternakan Haiwan Perak. Tapi kena kursus la dulu. Bila dah di luluskan oleh jabatan, baru lah boleh ternak sebab mungkin kos induknya mahal.

Kalau lihat betul2 kat atas bukit tu (kamera aku tadak zoom), kelihatan rusa sedang meragut bebas. Kawasan ragut yg luas tu kalau tak silap depa tanam dgn rumput Guinea.

Sempat la jugak aku beli daging rusa fresh kat situ. Sebelum ni tak pernah merasa lagi. Tapi harganya ...fuyyooooo..lebih mahal dari lembu/kambing. Maklum la rusa.....hehe. Tapi rasanya sedap woooo....

January 6, 2008

NAK TANAM CABAI - PT.1


Suatu ketika dulu, semasa ikut member pergi tempat kerja dia, kami ter nampak orang dok susun polibeg putih mcm nak semai anak pokok. Siap dengan politank, pam & piping. Setelah diselidik, rupanya depa nak tanam cabai. ‘Sistem Fertigasi’ kata depa. Mcm pernah tengok masa aku cuti2 Malaysia kat Cameron Highland dulu. Pasal aku bkn org pertanian, jadi aku tak perasan sangat benda2 ni semua. Sekali fikir tengok, ok jugak mcm ni pasal blh guna ruang kecil, pengairan & pembajaan sistematik. ‘Maintenance’ pun nampak mcm tak byk kerja. Tapi itu pandangan aku la, kalau ‘in real’ mungkin berbeza kot. Ntah lah….


Mardi Agrotek, Cameron Highland- Masa tu tak tau pulak nama sistem tu Fertigasi. Kalau tidak dah lama aku buat. Budak kecik kat sebelah tu la HERO aku.
Semasa balik kampong, jumpa member sambil borak-borak kat pondok RELA kampung aku. Kebetulan isu cabai polibeg ni keluar dan dia pun pernah tgk gak, apa lagi sakan la kami borak sampai org lain dah tido (ahli RELA yang sepatutnya kena ‘jaga’ pun tido jugak-kena report kat BOSS ni..) tapi isu cabai kami tak habis2 lagi. “Mcm mana kalau kita cuba try?” tiba2 terpacul ayat dari mulut aku , “boleh juga, tapi mana reti tanam2 cabai nie..” respond baguih bercampur risau. Aku kata tak reti blh belajar, tapi kalau malas tak blh buat apa la. Kata sepakat di capai, “KAMI NAK BUAT’, maka proses pertama kena cari kawasan yang sesuai dulu. Kena dekat dgn sumber air & elektrik.


Bunga pun depa tanam guna Sistem Fertigasi jugak

Esoknya, aku pun merayau la suvey tanah ( last day kat kampung, aku balik pun 1 – 2 minggu sekali-wekend). Ada la 2-3 tempat . Ada yg dekat rumah & dekat punca api/air , tapi saiz kecik lak, tak padan dgn projek kami yg besar..hehehe. Yang saiz besar jauh lak dari rumah, susah maintenance lak. Lastly jumpa tempat yg agak sesuai, namun yg sedihnya mcm belukar, penoh dgn pokok2 besar & semak samun ( kena keluar modal lebih ni). Apa blh buat, itu saja yang ada. Tapi api/air kena “kawtim” dgn rumah terdekat la. Harap2 dia bagi kot. Member aku tak joint , pi motong getah la...apa lagi.



Ini la rupanya tapak yang kami pilih. Nak bersihkan semak-samun ni yang naik semak kepala tu...

Sebenarnya member aku ni buat keja kampong, motong getah, tanam padi, tukang rumah pun boleh gak. Kira ada la basic tanam-menanam ni. Aku sepatah haram tak tau langsung benda2 ni walaupun aku dari kampung yang sama...hahaha. Tapi kalau teori fertigasi dia ternganga la, tak boleh lawan aku (teori saja la..). Setelah setuju dgn tempat yg di pilih, proses seterusnya adalah utk menukarkan belukar tu menjadi kawasan lapang.


Tanah ni dah dekat 10 tahun terbiar, walaupun ada beberapa pokok rambutan, durian dan cempedak. Tak pernah di bersihkan.

Apa lagi, pulun la cari org yang ada “Cari Makan” – kata orang Kedah (sebenarnya traktor tolak tanah yg ada tulis JCB tu). Kebetulan ‘JCB’ tu dok buat projek besarkan jalan dekat dengan tapak projek kami. Tapi kena tunggu waktu depa ‘free’ la. Sebulan lebih jugak dok tunggu depa ‘free’. ‘La ni musim hujan, mana boleh buat kerja’, kata drebar tu. Aku ‘push’ dia buat jugak, apsal hujan tak boleh buat, lagi pun traktor tu ada bumbong apa. 

Dlm hati, aku ingat drebar tu pemalas. Lagi pun aku yg nak bagi duit kat dia, bukan nak ambik duit dia. “Ini bukan masalah bumbong ada ke tak!! Kalau hujan, tanah jadi lembut, kalau buat jugak kena ambik masa, kalau hang nak jugak, aku boleh buat, dalam ribut pun tak pa, aku dpt duit, hang la yang rugi, kerja yg boleh siap 1 hari jadi 3 hari (upah pun 3 hari la). Mau ka tak?..”drebar tu bagi pukulan maut. “Tak pa la bang, tunggu kemarau sikit., kalau masa sesuai abang call kami la”..kata kami penuh insaf.

...............bersambung..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...